Keranda Purba ditemui di sebuah makam pinggir Sungai Nil.

KAHERAH: Sekumpulan pakar arkeologi menemui lebih 1,000 patung dan 10 keranda batu dalam sebuah makam purba di barat Sungai Nil di Luxor.

Kementerian Antikuiti berkata, makam itu dibina untuk seorang hakim ketika zaman Negara Baru, sekitar 1,500 sehingga 1,000 Sebelum Masihi.

Makam itu dibina di kawasan lapang yang mempunyai dua dewan, masing-masing menyimpan empat dan enam keranda purba.

Ketua misi arkeologi itu, Mostafa el-Waziri berkata, satu ruangan lagi yang ditemui mengandungi beberapa patung raja daripada dinasti berbeza.

Lebih 1,000 patung dan 10 keranda batu ditemui pakar arkeologi dalam sebuah makam purba di barat Sungai Nil di Luxor.
Katanya, kumpulan arkeologi berkenaan dijangka menemui lebih banyak lagi patung sepanjang proses penggalian. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *