Ketahuilah Betapa Beratnya Pengorbanan Seorang Bapa

21/04/2017 – Ibu bapa adalah individu yang perlu dihormati oleh anak-anak. Sering kali kita mendengar tentang pengorbanan atau penjuangan seorang ibu dalam melahirkan anak dan menjaga anak-anak. Ibu dilihat lebih mengambil berat pada anak-anak berbanding bapa.

Itu kerana anak-anak melihat ibu lebih kerap menelefon untuk bertanyakan keadaan anak-anak setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya bapalah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja bapa pulang bekerja dengan wajah yang letih, bapalah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Bapa dilihat kurang meluangkan masa bersama anak-anak berbanding ibu kerana kekangan masa. Tiada suami yang tidak mahu meluangkan lebih masa untuk isteri tercinta, begitu juga bersama anak-anak. Tetapi untuk memastikan keselesaan isteri dan anak-anak, si bapa terpaksa mengorbankan waktunya untuk bekerja lebih masa dengan harapan dapat melengkapkan keperluan ahli keluarga, terutamanya keperluan anak-anak. Jadi peranan isteri pula haruslah menyediakan keperluan suami sebaiknya.

Selain itu bapa juga sanggup bekorban apa sahaja untuk keluarga. Suami yang baik sanggup berkorban apa sahaja untuk isteri dan anak, malah nyawa sekalipun sanggup digadaikan.

Walaupun bapa dalam keadaan penat selepas pulang dari kerja. Tetapi, apa sahaja permintaan dari anak-anak atau isteri pasti akan cuba untuk dipenuhi. Itu tandanya si suami tidak mahu menunjukkan penat seharian bekerja kepada isterinya, bahkan masih mampu untuk bergurau senda bersama anak-anak.

Kalau ibu berkorban nyawa melahirkan anak, ayah pula bekorban masa untuk memelihara anak-anak. Seringkali kita melihat pasangan yang sudah mempunyai zuriat sama-sama bekorban masa tidur demi menjaga anaknya, kadang kala sehingga lewat malam masih berjaga untuk memastikan keadaan anak dan isteri baik-baik sahaja.

Suami yang baik akan membantu isterinya dalam menguruskan hal keluarga dan juga anak-anak supaya nanti hidup lebih tenang dan harmoni. Sememangnya tanggungjawab seorang lelaki itu besar dan bukan sahaja tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak tetapi juga terhadap ibu bapanya.

Isteri yang baik akan sentiasa memberi semangat kepada suami agar lebih adil dalam menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga, jika tanggungjawab suami bekerja di luar, maka isteri haruslah menjalankan tanggungjawab dirumah dengan sebaiknya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *