Khai Bahar Cari Calon Isteri Yang Bertudung

Bekas bintang Smule yang kini bergelar artis rakaman, Khai Bahar memberitahu DJ Lin dalam slot #apaitucinta di sesi FB Live Suria yang dia mempunyai sasaran untuk berkahwin pada umur 25 tahun.

Khai yang menjadi tamu selebriti rancangan atas talian tersebut juga menjelaskan bahawa dia mahukan seorang isteri yang memakai tudung.

“Selain itu kalau boleh saya harap dapat bertemu pasangan yang lebih rendah daripada saya. Sungguhpun begitu, dia haruslah bersikap matang dan mampu berdikari. Saya juga tak nak yang kuat membebel,” jelas Khai lagi sambil tersenyum.

Khai yang kini berusia 23 tahun mengakui yang cinta itu memang perlu dalam kehidupan dan ia tidaklah tertakluk kepada cinta terhadap kekasih sahaja tetapi juga cinta kepada kawan-kawan dan peminat.

Malah Khai turut memberitahu, dalam soal memilih pasangan dia tidak peduli sama ada orang tersebut adalah peminat ataupun selebriti.

“Yang penting sama-sama saling memahami. Saya juga benar-benar menyayangi para peminat yang sentiasa menyokong dan berada bersama-sama saya sepanjang saat pahit manis serta jatuh bangun saya sepanjang karier seni,” tambah Khai. – sfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *