Kopi Jernih Yang Patut Penggemar Kopi Cuba Jika Ke Kota London

Buat peminat tegar kopi, ini adalah kopi yang tidak seperti kopi biasa yang anda minum di warung-warung. Clear Coffee adalah kopi pertama dengan warna jernih; tidak langsung seperti kopi traditional yang kita minum.

Clear Coffee adalah idea dua adik-beradik, David dan Adam Nagy. mereka berdua hadir dengan idea Clear Coffee apabila mereka tidak suka kesan kopi jika ianya tertumpah pada baju atau permukaan yang bersih yang susah untuk dicuci kemudiannya. Jadi mereka hadir dengan idea menghasilkan minuman dengan rasa kopi Arabica.

Lebih mudah, ianya air kafein tanpa pengawet, perisa tiruan dan pemanis. Basically, Clear Water ini adalah air kosong dengan kafein dan rasa seperti kopi. Nampak pelik sahaja air ini tetapi ianya kini semakin popular di Kota London. Ianya cuma dijual di Whole Foods dan Selfridges dengan harga USD7 (lebih kurang RM30) untuk dua botol.

Clear Water ini unik sebab kita dah biasa minum air kopi dengan warna gelap. Tetapi ini warna jernih seperti air kosong sahaja. Kalau ada rakan anda di Kota London, boleh minta mereka cuba minum air ini dan lihat reaksi mereka. Kalau ikut lelaki ini, beliau tidak suka minuman ini. Skip terus ke minit 3:10. Mana tahu anda suka? – tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *