Lee Tae Im Hanya Makan Tiga Sudu Nasi Sehari

Menjadi selebriti popular sememangnya memerlukan tahap disiplin yang tinggi dan kesabaran yang kuat.

Untuk nampak cantik di kaca televisyen, mereka harus menjaga pemakanan bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Terbaru, pelakon popular Korea Selatan, Lee Tae Im mengaku hanya makan tiga sudu nasi sehari.

Pelakon yang popular menarusi drama ’My Heart Twinkle Twinke’ itu membuat pengakuan menerusi rancangan MBC Every1’s Video Star.

Tae Im turut memberitahu dia telah mengamalkan diet secara ekstrim itu sejak enam bulan lalu.

Ketika ditanya mengapa memilih cara diet berkenaan, Tae Im menjelaskan dia berasa tidak yakin apabila digandingkan dengan pelakon lain iaitu Park Han-Byul dan Lee Chae-Young dalam satu sesi penggambaran.

Semenjak itu, dia tekad untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat.

Namun, Tae Im sedar diet yang dilakukan itu sangat bahaya dan tidak patut dicontohi oleh peminatnya di luar sana.

Selain itu juga dia berjanji untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil jumlah makanan yang betul setelah berjaya mendapatkan bentuk badan yang diimpikan. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *