Lim Kit Siang Patut Jelaskan Siapa Pengerusi Pakatan Harapan

07/04/2017 – Walaupun Pakatan Harapan (PH) yang disertai parti DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat cuba menunjukkan hasil gabungan mereka kuat, namun pakatan ini banyak kelemahannya seperti dari segi kepercayaan.

Ini dapat dilihat apabila pakatan ini mempunyai susun atur carta organisasi yang mungkin paling pelik di dunia kerana ia tidak diketuai oleh seorang Pengerusi, sebaliknya hanya meletakkan dua orang Penasihat sahaja.

Bagaimanapun, jika dilihat sebelum ini DAP memecah rekod dunia bila Lim Kit Siang direkodkan sebagai pemimpin diktator paling lama di dunia iaitu 51 tahun. Rekod ini patut masuk dalam ‘Guinness World Book Of Record’.

Carta organisasi PH pula patut didokumentarikan sebagai “The Most Strangest Political Party In The World” dalam rancangan “National Geographic”. Ini kerana tiada parti dalam dunia ada dua penasihat, tiada ketua dan tiada timbalan.

Pakatan parti itu meletakkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Jawatankuasa Protem PH yang diputuskan dalam mesyuarat pakatan itu baru-baru ini.

Di bawah mereka sepatutnya ialah Pengerusi PH dan Timbalan Pengerusi PH yang jelas masih kosong kerana tidak diumumkan pun siapakah mereka.

Kalau diikutkan yang ‘layak’ untuk jawatan Pengerusi PH ialah Kit Siang kerana mewakili DAP yang memiliki paling banyak kerusi berbanding parti pembangkang lain.

Selepas itu, baru muncul Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, iaitu bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kemudian ia akan terbahagi pula kepada pemimpin-pemimpin parti yang berjumlah 18 orang dari parti anggota diketuai Presiden masing-masing, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika dilihat di dalam mana-mana organisasi lain di dunia ini, nama Ketua atau Pengerusi untuk mengetuai sesuatu organisasi akan dipaparkan dengan jelas carta organisasi bagi memberikan maklumat kepada orang ramai siapa yang mengepalai organisasi itu.

Berbeza dengan PH yang begitu ‘rahsia’ mengenai siapa yang mengetuai pakatan berkenaan.

Jika sesuatu organisasi berkenaan ada agenda tersembunyi sahaja biasanya ia akan membuat perkara itu untuk merahsiakan siapa ketua mereka yang sebenar.

Orang ramai tahu dengan jelas kini bahawa Kit Siang sebenarnya adalah ibarat Pengerusi PH manakala Lim Guan Eng adalah Timbalannya. Namun itu tidak ditulis secara rasmi dalam PH.

Pada 23 Mac lepas, Guan Eng dengan angkuhnya membidas kenyataan bahawa Mahathir dan Wan Azizah adalah Penasihat kepada pakatan itu.

Setiausaha Agung DAP itu cuba menegaskan bahawa PH kononnya tidak pernah melantik kedua-dua pemimpin itu sebagai penasihat PH.

“Mereka dua watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan.

“Keputusan dan kedudukan akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang. Bagaimanapun Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita set semula politik negara,” kata Guan Eng.

Namun begitu, jika dilihat hanya ketua sebenar dan “king maker” sahaja yang mengambil langkah seperti Guan Eng apabila tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam PH.

Setakat ini, parti-parti lain dalam PH memang mendengar kata Guan Eng dan bapanya Kit Siang dalam pelbagai hal seakan-akan pemimpin DAP itu mempunyai kuasa veto dalam PH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *