Lima terbunuh dalam letupan gudang di China

Hefei, China): Lima terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan sebuah gudang menyimpan minyak di wilayah Anhui, timur China, petang Ahad lalu.

Menurut agensi berita China, Xinhua, gudang milik syarikat minyak Wanhua di bandar Anqing itu terbakar selepas berlaku letupan pada 5.20 petang.

Anggota bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa dan kebakaran berjaya dipadamkan tiga jam kemudian.

Mayat lima mangsa itu hanya ditemui semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *