Luahan PANAS Nur Sajat Selepas Dicurangi Kekasih

Nama pengasas kosmetik Let’s Cantik iaitu Nur Sajat sememang tidak pernah lepas dari menjadi bualan ramai sebelum ini apabila isu tentang jantina beliau sering kali dijadikan sebagai bahan jenaka oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, Sajat tidak pernah ambil pusing tentang segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana bagi beliau, netizen akan terus bercakap tentang dirinya walaupun sudah dijelaskan beribu kali.

Baru-baru ini Sajat ada memuat naik video beserta kapsyen tentang luahan hatinya yang ditinggalkan oleh seorang lelaki tetapi persoalannya adakah ia adalah kisah benar dari Sajat ataupun hanya rekaan semata-mata?

Apa yang pastinya luahan Sajat itu menarik perhatian ramai terutamanya kaum wanita tentang apa yang telah dilalui oleh Sajat dan ia juga seolah-olah adalah mimpi ngeri bagi sesetengah wanita disana.

Perempuan kalau dah sayang seseorang lelaki ini, memang kita Akan sayang Dan Setia dengan teman nya..kadang2 apa yang teman kita(bf@suami) cakap,semua kita percaya bulat2..Sebab kita tahu dia adalah mr right kita!!!Tapi dah mr right tu,di situ jugak sesetengah teman kita(bf@suami) curang dengan kita…Bila kita Tanya,dia kata`ini kawan lama I,ini client I,ini sedara i Dan macam macam alasan lagi lah’ Kita yang banggang ini,percaya lah bulat2…sebab apa,nanti Tanya lebih kena penyepak lah pulak kan…tapi Tak Tanya,jadi geram…muka kita yang monyok Tak tentu pasal!!!mana Tak nya,msg yang perempuan tu bagi pulak,seolah oleh msg berbunyi nak menggatal Dan berbunyi musykil!!!kita Perempuan kan!!!isting kita kuat yang menyatakan dia CURANG!!!!😭😭😭

Ko pantang tengok Perempuan cantik sikit Dari aku,ko dah berpaling tadah dengan aku!!! Ko kejam lah!!! Klu ko nak tengok aku cantik Sentiasa,ko SPEDO LAH aku,bagi aku buat treatment kecantikan,bagi aku product yang bagus untuk muka aku..seperti sabun pink2 Jangan mengata,set lengkap jangan mengata skincare,serum Jangan mengata Dan BB cushion pink pink…ini tidak,ko dok puji2 PEREMPUAN lain 😭😭😭,yang baru ko kenal 2 atau 3 hari tu!!! ko ini memang Jantan S**L LAH!!!!ko ingat Perempuan yang baru ko kenal tu,kentut dia Tak busuk ker?? Benda semua sama jer kot !!!ko yang tamak!!! Nak yang cantik jer,nak body meletop,nak yang putih jer!! Bila aku minta belanja,ko kata kat aku`ko TERIMA aku seandainya,nak cantik2 sangat ini,nak tunjuk kat sapa’….ayat ko,buat aku rasa,selamat dengan ko..aku rasa ko lah mr right aku!!!tapi itu semua ayat2 cover line!!!! Takpe takpe!!!!ini aku dah pakai Product sajat,lepas ini ko nak payah balik dengan aku…memang Tak lah…aku cun ker,aku dah kerengga ker…ko nak buat2 miss call ker,ko nak msg ker,ko Tunggu depan rumah aku ker…memang aku Tak layan lah..,Jijik punya manusia…Tak kena kenang budi!!! Apa apa pun…aku dah move on!!!yang penting jangan mengata aku kalau terlebih cun Dari perempuan yang baru ko Kenal tu…apa apa pun…harap ko berubah sifat ko…jangan cepat nampak yang indah,tapi ko lupakan yang susah senang dengan ko ketika ko berada di bawah….
Sekian TERIMA KASIH!!!!

Tidak pasti sama ada ia adalah kisah benar yang dilalui oleh Sajat atau tidak. Jika ia adalah kisah benar, kami berharap agar Sajat sentiasa bersabar dan terus berjalan ke hadapan, lupakan segala kisah silam itu ye. – sfm