Mahathir Adalah Orang Kedua Kepada Kit Siang

Oleh Raja Petra Kamarudin

Pakatan Harapan yang diterajui DAP mengatakan bahawa ada masalah dalam Umno. Dan kerana itulah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas, menurut ahli nujum pembawa azab ini. Sebenarnya itu hanyalah angan angan. Ia sama seperti mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan disingkirkan dalam pemilihan parti PAS akan datang. Sebaliknya ia adalah bertentangan: Hadi menjadi lebih kuat.

Apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba untuk capai adalah untuk mewujudkan barisan pengganti. Mesej Najib ialah: selepas beliau adalah Ahmad Zahid Hamidi diikuti oleh Hishammuddin. Jadi struktur kepimpinan satu-dua-tiga adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Tidak perlu berebut dan menggulingkan. Semua menunggu giliran mereka dan Najib juga memberitahu Umno bahawa beliau sudah bersedia untuk apabila tempoh beliau tamat memandangkan beliau telah membariskan bukan sahaja Perdana Menteri tetapi juga Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun barisan kepimpinan Umno adalah jelas, Pakatan Harapan pula tidak. Siapa sebenarnya yang berkuasa? Siapakah calon Perdana Menteri mereka? Mereka kerap menukar calon Perdana Menteri mereka bergantung dengan siapa mereka berbincang. Satu perkara yang sangat jelas adalah Lim Kit Siang adalah calon Perdana Menteri de facto Pakatan Harapan walaupun mereka menafikannya dan mengatakan sebaliknya.

Bagaimanapun, itulah yang diperlukan Umno: kestabilan. Jadi barisan kepimpinan satu-dua-tiga itu bagus untuk Umno. Pada tahun 1981 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membiarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam untuk bergaduh yang menyebabkan Umno musnah. Mahathir melakukan itu lagi sepuluh tahun kemudian pada tahun 1991 apabila beliau melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dan mendedahkan Tun Ghafar Baba kepada serangan dari belakang.

Mahathir sentiasa cuba untuk memusnahkan Umno. Beliau melakukannya pada tahun 1969, 1981, 1991, 1998, 2006, dan 2014. Dan kini beliau melakukannya lagi. Tujuh kali berturut-turut. Terdapat pepatah Melayu: tujuh kali pindah papa. Dan Mahathir sudah tujuh kali pindah.

Dan itu adalah harta yang paling berharga yang Kit Siang lihat pada Mahathir. Mahathir adalah seorang pemusnah. Beliau telah memusnahkan Umno berulang kali. Beliau menyebabkan konflik. Beliau hampir memusnahkan monarki. Beliau memusnahkan hubungan Malaysia dengan UK, AS dan Australia. Beliau memusnahkan dan menyebabkan Bank Negara Malaysia muflis. Beliau memusnahkan ekonomi Malaysia dan mnyebabkan negara kerugian RM200 bilion. Beliau memusnahkan hubungan antara kaum. Beliau memusnahkan Islam. Tiada apa yang Mahathir sentuh yang tidak musnah.

Seperti kata pepatah: ‘use a thief to catch a thief’. Dan itulah sebabnya Kit Siang mendapati Mahathir sangat berguna. Jika anda mahu untuk memusnahkan Umno maka Mahathir adalah orang yang terbaik untuk itu. Dan itulah yang Kit Siang mahu: untuk memusnahkan Umno. Mahathir juga membenci PAS dan syariah, terutamanya bahagian Hudud dalam syariah. Jadi Kit Siang boleh menggunakan Mahathir untuk menyerang PAS, Islam dan syariah. Ia adalah lebih baik bahawa serangan itu datang dari orang Melayu dan bukannya daripada orang bukan Melayu, terutama bukan Melayu daripada DAP.

Tetapi Kit Siang perlu memastikan ia tidak kelihatan seperti beliau yang memutuskannya. Beliau perlu memastikan bahawa ia dilihat seperti Mahathir yang mengetuainya kerana jika tidak, mereka tidak akan mendapat sokongan orang Melayu. Jadi mereka memerlukan susunan Ali Baba ini. Dalam realiti, bagaimanapun, Kit Siang yang membuat keputusan dan Mahathir hanyalah orang kedua kepadanya.

Hakikatnya kekal bahawa DAP memenangi 38 kerusi Parlimen dan 97 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum sebelumnya. Itu adalah kira-kira 17% daripada kerusi di Parlimen dan juga 17% daripada kerusi di Dewan Undangan Negeri. PKR pula memenangi hanya 13% dan 8% masing-masing. Pribumi Mahathir, bagaimanapun, mempunyai hanya satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti Islam DAP, PAN, juga mempunyai lebih daripada itu.

Mahathir atau Pribumi beliau adalah tidak begitu penting. Dan melainkan jika DAP memberi mereka ‘kerusi Cina’ untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan mengarahkan pengundi Cina untuk mengundi mereka, Pribumi tidak akan menang satu kerusi pun.

Pendek kata, Mahathir dan Pribumi tidak membawa sebarang kelebihan. Jadi mengapa mereka memerlukan Mahathir dan Pribumi? Mereka memerlukan Mahathir dan Pribumi kerana mereka boleh bersembunyi di sebalik ‘muka Melayu’ mereka dan menggunakan mereka untuk menyerang Umno, orang Melayu, Islam, Syariah, PAS dan sebagainya. Kit Siang dan DAP tidak boleh berbuat demikian kerana ia akan memakan diri. Jadi, seperti kata Superman Hew Kuan Yau, Kit Siang dan DAP menggunakan Melayu untuk menghancurkan Melayu.

Tetapi Mahathir tidak keberatan menjadi orang kedua kepada Kit Siang atau membenarkan DAP untuk menggunakan Pribumi sebagai barisan hadapan Ali Baba. Objektifnya adalah untuk menjatuhkan Najib dan Umno. Dan jika itu boleh dilakukan Mahathir tidak kisah bagaimana ia dilakukan. Pilihan raya umum yang akan datang adalah antara Umno dan DAP. Dan Kit Siang perlu melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib kerana melainkan jika Najib jatuh, Umno tidak akan jatuh.

Kit Siang, bagaimanapun, tidak mahu perkara ini dilihat sebagai Cina melawan Melayu. Dan dengan Mahathir mengetuai usaha tersebut ia akan dilihat sebagai orang Melayu melawan Melayu dan bukannya Cina melawan Melayu. Itulah yang Kit Siang lakukan dan juga mengapa Mahathir menjadi orang kedua kepadanya.

Jika Karpal Singh masih hidup ini tidak akan berlaku. Malah, pada tahun 2008 pun Karpal tidak menyukai plot ’16 September’ yang melibatkan membeli kira 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional pada RM10 juta setiap orang. Itu berjumlah RM300 juta dan lelaki yang sepatutnya membiayai keseluruhan plot ini, John Soh Chee Wen, juga merasakan ia adalah satu idea yang bodoh.

Hujah Soh adalah mudah. Jika 30 orang ini boleh dibeli pada harga RM10 juta bagi setiap kepala itu bermakna mereka adalah untuk dijual. Jadi apa yang menghalang Barisan Nasional untuk menawarkan jumlah yang lebih tinggi, katakanlah, RM15 juta atau RM20 juta? Dan bukankah ini adalah apa yang berlaku di Perak? Anwar membeli seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Umno dan Umno membelinya kembali dan juga dua Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dan Perak jatuh.

Namun begitu, walau bagaimanapun bijaknya Kit Siang rasakan, Najib adalah lebih pandai. Najib membenarkan RCI untuk terus menyiasat rompakan Forex AS$10 bilion itu. Sejak tahun 1993 Kit Siang telah bersuara meminta RCI ditubuhkan dan pesalah-pesalah dihukum dan dipaksa menyerahkan kembali wang yang mereka curi (bermaksud Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, sudah tentu). Memandangkan RCI kini sedang diteruskan Kit Siang terperangkap. Apa yang akan Kit Siang lakukan?

Kit Siang tahu beliau tidak mempunyai pilihan selain untuk memberi keterangan di hadapan RCI kerana beliaulah yang membawa perkara itu ke Parlimen pada tahun 1993. Tetapi jika beliau melakukan itu beliau akan mendedahkan Mahathir. Jika beliau tidak berbuat sedemikian, selepas bersuara mengenainya selama lebih daripada 20 tahun, beliau akan kelihatan seperti seorang oportunis dan hipokrit.

Satu-satunya harapan Kit Siang adalah bahawa pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini manakala RCI hanya akan dapat untuk menyelesaikan siasatan tersebut tahun depan. Jika RCI berlaku tahun ini manakala pilihan raya umum diadakan pada pertengahan tahun depan, maka Kit Siang adalah dalam kesusahan. Dan itu adalah apa yang akan berlaku: RCI akan berlaku tahun ini manakala pilihan raya umum akan diadakan pada pertengahan tahun depan.

Jadi apa yang akan Kit Siang lakukan? Beliau sama ada akan mendedahkan Mahathir atau beliau enggan untuk memberi keterangan di hadapan RCI. Kedua-dua cara itu akan menyebabkan Kit Siang mati. Jika Kit Siang mendedahkan Mahathir hilanglah muka Melayu Pakatan Harapan yang diterajui DAP. Jika beliau enggan memberi keterangan di hadapan RCI maka Kit Siang perlu memberi banyak penjelasan. Jadi bagaimana Kit Siang akan menjelaskan ini: bahawa menyingkirkan Najib dan Umno adalah lebih penting daripada mendapatkan semula AS$10 bilion wang yang Mahathir dan Daim curi?

Kit Siang mula kelihatan seperti seorang bapa ayam dengan Mahathir sebagai pelacurnya. Kit Siang bertindak seperti Kapitan China. Kapitan China yang pertama juga merupakan bapa ayam jadi peranan itu sesuai dengan Kit Siang. Satu-satunya perbezaan adalah Kapitan China yang pertama membawa masuk kanak-kanak perempuan dari China dan bukannya orang India tua dari Kerala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *