Mahathir didakwa ‘tabur dedak’ untuk tarik pemimpin UMNO masuk PPBM

4/4/2017- Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi menyertai Pakatan Harapan (PH), PAS sudah menjarakkan “diri” dan tutup pintu untuk bekerjasama dengan parti yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa bekas pemimpin Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mengejarkan dedak dan sagon daripada Dr Mahathir Mohamad.

Justeru Naib Presiden PAS itu menyifatkan bekas ahli Umno terbabit tidak layak untuk berkata tentang “Good Governance”.

Malah beliau mengingatkan golongan itu supaya berwaspada jangan sampai Umno membuka fail lama yang mendedahkan mereka ‘faraid’ harta negara sebelum ini.

“Beliau dan rakan-rakan sama waktu dengannya dah kenyang sewaktu dengan UMNO.

“Apabila tuannya jamu tidak cukup itu yang marah dengan UMNO. Golongan ini tidak layak bercakap soal “Good Governance”, dakwanya.

Idris berkata demikian berikutan tindakan seorang bekas pemimpin Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bersama PPBM mendakwa PAS alat dan dedak Umno.

“Saya senyum kerana kawan saya ni dah berapa kali lompat parti. Mula-mula UMNO, kemudian PKR, kemudian UMNO, sekarang PPBM.

“Saya kenal beliau ini kawan lama saja. Itulah ucapan beliau ketika dia belasah Mahathir zaman reformasi dulu,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *