Mahathir Tidak Akan Diterima Pakatan Harapan

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mematuhi agenda reformasi yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan apabila berada dalam pakatan pembangkang itu.

Sebaliknya, Pakatan Harapan tidak akan menerima Pengerusi Bersatu itu sekiranya beliau hanya membawa agenda peribadi semata-mata.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti dilaporkan China Press.

Beliau berkata, setiap parti ada falsafah perjuangannya dan fahaman itu disebarkan dalam parti sahaja.

“Dalam Selangor, semua dasar yang dilaksanakan perlu dibentangkan dan dibincangkan dalam sidang Dun. Kami berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada gunanya berkelahi dalam mesyuarat kerana ia tidak mampu memperbaiki prestasi kerja,” katanya.

Menurutnya, setiap dasar yang dilaksanakan Kerajaan Selangor menitikberatkan kehidupan lebih baik kepada rakyat tanpa membezakan kaum, agama dan latar belakang. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *