Malapetaka Sebenar Dibawa Oleh Kerajaan DAP Di Pulau Pinang, Bukannya Kerajaan BN

19/04/17 – Malapetaka yang sebenar telah pun berlaku semenjak DAP mengambil alih dan memerintah negeri Pulau Pinang, habis tanah di negeri tersebut dijual kepada pelabur swasta dan persisiran laut ditambak kononnya untuk tujuan pembangunan.

Rumah serta perkampungan masyarakat Melayu dirampas serta dimusnahkan tanpa prikemanusiaan dan belas kasihan, kehidupan serta punca rezeki para nelayan dimusnahkan oleh kerajaan DAP semenjak mereka memerintah Pulau Pinang.

Jadi apa bukti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononnya malapetaka besar akan menimpa Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mengambil alih pentadbiran yang telah pun musnah ditangan DAP dan Guan Eng.

Selama ini DAP, Guan Eng dan parti dalam gabungan Pakatan Harapan telah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kotor, tiada lagi hidupan hijau kerana semua bukit dan tanah tinggi telah dibotakkan, longkang dan sistem saliran semuanya sumbat hingga menyebabkan banjir kilat, kilang babi dan pusat judi bersepah.

Angkara siapa semua tu?? Tidak lain dan tidak bukan semuanya angkara DAP dan Guan Eng! Jadi sekarang ni Guan Eng cuba nak tuding jari kononnya kalau Pulau Pinang jatuh semula ke tangan BN, malapetaka yang dicipta itu akan dilepaskan ke atas kepala BN.

Lebih memalukan, Guan Eng turut mengkritik pentadbiran BN di Kedah yang dikatakan terpaksa mencatu air kerana kekurangan bekalan serta sumber air bersih, hahaha sedar atau tidak Guan Eng bahawa Pulau Pinang pun dok tumpang simpati bekalan dan sumber air di Kedah.

Lepas tu ada hati nak kritik Kedah kekurangan sumber air, dah la Pulau Pinang ambil air di Kedah secara percuma dan tak berbayar! Senang-senang je Guan Eng menghina, kenapa tak cari bekalan air sendiri kalau dah DAP bagus sangat mentadbir?

Apa yang sebenarnya adalah Guan Eng sudah dapat menghidu bahawa DAP bakal tumbang serta tumpas di Pulau Pinang, disebabkan itu la tokong Cina tu cuba untuk mengalihkan kesalahannya sekarang kerana takut dilabelkan sebagai pemimpin yang gagal apabila kalah pada pilihan raya nanti. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *