‘Mertua Ingat Saya Kikis Duit Suami, Padahal Saya Ada Duit Sendiri’

20/04/2017 – Memang susah bila keluarga mertua tak dapat menerima kehadiran menantu baru dalam keluarga. Seumpama orang asing yang masuk ke dalam rumah. Baik tuan rumah dan orang asing, kedua-duanya akan rasa kekok bila tuan rumah tak dapat menerima kehadiran kita.

Kalau sudah tidak suka, pelbagai cara yang telah dibuat oleh menantu tetap nampak tidak kena di mata mertua. Itulah yang dilalui oleh wanita ini yang telah dikongsikan dalam KRT.

“Saya seorang freelancer model busana muslimah. Walaupun dah kahwin saya masih dapat tawaran ini dan suami saya mengizinkan saya meneruskan kerjaya saya. Suami saya anak ketiga dari 5 orang adik beradik. 3 dah berkahwin dan 2 lagi tinggal bersama mertua saya. Untuk pengetahuan semua, keluarga mertua saya memang jenis alim dan rumahnya memang selalu hidup dengan ibadah.”

“Masa mula-mula kahwin, saya agak kekok kerana saya rasa saya sangat berbeza dengan adik beradik suami saya. Yang perempuan bertudung labuh, yang lelaki sangat menjaga pandangan. Saya pula jenis bertabarruj, pakai lens berwarna, mekap, tudung tutup dada tapi tidak menutupi bahu. Saya amat segan apabila pulang ke rumah mertua.”

“Saya sebagai freelancer model memang selalu mekap, jadi bila di luar, saya rasa tidak yakin apabila tidak mekap. Pernah suatu hari, saya mengikuti keluarga mertua pergi ke kenduri kahwin saudara suami. Memang saya seperti biasa mekap, lens dan saya pakai kain mermaid (agak ketat) tetapi sy kenakan dengan blouse labuh.”

“Mungkin biasa bagi saya tapi tidak bagi keluarga mertua saya. Keesokan harinya, ayah mertua saya forward mesej di group wasapp family, tentang wanita. Dalam mesej itu ada disebut tentang pakaian longgar, tidak bertabarruj dll. Saya rasa sangat malu ketika baca mesej itu kerana sudah terang lagi bersuluh memang ditujukan pada saya. Saya rasa sangat rendah diri.”

“Ibu mertua saya juga baik. Namun kadang-kadang saya agak tidak serasi sebab ibu mertua suka orang ikut cakap dia. Ye memang anak-anak dia sangat patuh pada arahan ibu mertua, tapi agak sukar bagi saya sebab ia melibatkan pilihan saya. Sebagai contoh, saya pernah ke kedai barangan dengan ibu mertua. Saya nak beli bekas rempah yang berharga rm25.”

“Memang cantik, tapi ibu mertua menghalang sekeras-kerasnya dengan alasan yang kedai RM2 lagi cantik. Yang saya ingat sampai harini, masa saya pregnant itu hari. Masa tu bulan puasa, saya nak sangat minum soya. Suami dah siap nak keluar, lepas mertua tahu nak pergi beli air, terus dihalang sekeras-kerasnya. Dengan alasan membazir dan suruh buat sendiri saja. Air soya kot macam mana nak buat.”

“Suami pun patuh je arahan dia. Saya terasa sgt. Tapi tu la nak dijadikan rezeki, dah nk masuk waktu berbuka, tiba2 ada jiran bagi soya, katanya dia beli lebih. Dapat la jgk sy minum soya haritu.”

“Masa beli barang baby pun, memang dah banyak duit saya kumpul sebab nak beli barang baby, ecxited sangat. Memang duit dari jadi freelance model agak lumayan tambah pula duit yang suami saya bagi. Bila nak beli saja, macam-macam ibu mertua pesan, beli baju 5 pasang saja dan pakai lampin jangan pakai pampers sebab membazir.”

“Mertua nampak macam saya banyak guna duit suami. Padahal saya ada duit sendiri, simpanan sendri. Kereta yang saya guna, saya bayar duit saya, road tax insurance minyak semua duit saya. Suami saya ada bagi nafkah, tapi saya jadikan simpanan.”

“Saya berharap suatu hari nanti, kalau saya jadi mertua, saya tak jadi yang jenis suka jaga tepi kain anak menantu. Tak salah ambil berat, tapi jangan terlalu berlebih. Nasihat dan memaksa dengar nasihat tu dua perkara yang berbeza. Itu sahaja terima kasih.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *