#MLM2017 : Joras Tersingkir Disebabkan ‘Mulut Longkang’ Syuk” – Netizen

Setiap jumaat malam tepat pada 10pm, satu keluarga mesti berkumpul depan televisyen untuk layan Maharaja Lawak Mega. Semalam dalam sedar tak sedar, MLM 2017 sudahpun masuk minggu yang ke-9 dan semalam giliran kumpulan Joras pula tersingkir.

Keputusan tu memang tak dijangka memandangkan Joras antara kumpulan yang konsisten setiap minggu. Tapi semalam Joras bagaikan hilang punca, berterabur dan persembahan hancur. Joras juga dikritik kerana bawa bahan lucah dalam persembahan.

Diatas merupakan foto dimuat naik di Instagram tidak lama selepas dapat kritikan dari juri tetap, Datuk Rosyam Nor. Datuk Rosyam Nor kurang senang dengan bahan lucah dalam persembahan mereka serta pelik, kenapa persembahan Joras jadi sangat berterabur.

Oleh sebab itu, Joras hanya mendapat dua HA sahaja.

Perjalanan Joras terhenti di sini. Terima kasih buat semua yang mengundi Joras. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Maafkan Joras sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa buat peminat. Ada masa Joras akan perform lagi. Terima kasih sekali lagi.

Ramai terkejut bila Neelofa mengumumkan kumpulan Joras akan meninggalkan pentas MLM 2017. Tetapi pada masa yang sama, mereka faham kenapa Joras disingkirkan. Ini antara respon netizen. – ob

 

Ini respon dari Joey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *