Mulia Sangatkah Mahathir Bila Tuduh Najib Tak Bermoral?

20/04/17 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rasa sedar diri bertindak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berhati mulia mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyemai nilai moral dan budaya yang tinggi.

Dengan rasa iri hati dan sifat dengki yang ada dalam diri Mahathir, beliau mendakwa Perdana Menteri bukanlah satu contoh yang baik sebagai sorang individu yang bermoral tinggi. Hahh! Mahathir tu mulia sangat ke sampai labelkan orang lain sebegitu?

Mahathir sendiri pun tak berapa nak mulia, ada hati nak pertikaikan dan menggelarkan orang lain tak bermoral. Kalau betul Mahathir mulia sangat, takdenyer dia nak jilat ludahnya kembali dan bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Mahathir sanggup menjilat ludah sendiri setelah menghina dan menggelarkan Kit Siang serta DAP sebagai anti-Islam, lihat apa yang jadi sekarang ni? Bersahabat baik dengan golongan anti-Islam dan bertindak menjadi khadam kepada mereka.

Jika benar Mahathir mulia, takdenyer dia nak biarkan anak perempuannya, Marina hidup dalam kehidupan ala-ala barat dan kafir. Marina siap menyokong golongan lesbian dan gay lagi, hahhhh! Apa cerita tu? Bapak yang mulia ke tu?

Muliakah Mahathir kalau dia mengaut segala keuntungan ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan berjaya melahirkan anak-anaknya yang kaya-raya serta jutawan hasil daripada ‘keberkatan’ dia menjadi pemimpin negara suatu ketika dulu.

Mulia sangat ke Mahathir tu kalau dia membenarkan rasuah dan maksiat berlaku dalan Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sedangkan Mahathir sendiri pernah amalankan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa ketika menjadi Perdana Menteri dan hingga sekarang tidak mustahil perkara tersebut masih lagi berlaku. Malah Mahathir juga seorang yang zalim apabila sanggup menghumban orang tidak bersalah ke penjara atas Akta ISA.

Pelbagai ketirisan berlaku pada zaman Mahathir, jadi layak ke Mahathir nak hukum orang lain dan tuduh orang lain tidak mulia? Senang-senang je Mahathir kata Perdana Menteri tak bermoral, habis tu tindakan Mahathir yang wujudkan parti baru demi membalas dendam tu bermoral sangat ke?

Menyebarkan cerita paslu, mereka cerita dan fitnah demi menjatuhkan orang lain, sanggup mengadakan jelajah ke seluruh negara demi memperburukkan orang lain. Bagus sangat ke tu? Muliaaaanyaa Mahathir kan! Takde orang semulia dia! – TiraGomez/UtaraNews.com