Nak Kahwin Cepat, Tapi Pihak Perempuan Minta Hantaran Rm30k

11/04/2017 – Memiliki rumah sendiri pasti menjadi idaman buat semua orang, ramai anak muda yang masih terkapai-kapai dalam kehidupan pasti ingin memiliki rumah idaman mereka sendiri.

Disebabkan ingin mencapai cita-cita dan dipandang tinggi oleh orang sekeliling ramai anak muda yang sanggup menanggung hutang. Ada antara anak muda yang mahu membeli rumah dan berkahwin pada masa yang sama. Keputusan itu diambil kerana mahu memberi keselesaan pada pasangan masing-masing apabila sudah berkahwin nanti.

Tetapi, mampukah anak muda membeli rumah dan berkahwin pada masa yang sama? Pihak perempuan pula meletakkan wang hantaran kahwin yang tinggi. Itulah yang dikongsikan seorang lelaki iaitu perunding kewangan tentang kisah pelanggannya yang ingin membeli rumah dan berkahwin pada masa yang sama.

Pihak perempuan pula telah meminta wang hantaran RM30,000. Sudahlah lelaki tidak mampu untuk membuat simpanan sebanyak itu. Pihak perempuan pula mendesak mahu berkahwin cepat. Ramai anak muda yang mengambil jalan mudah untuk membuat pinjaman.

“Ada masa sikit, jadi saya kongsi pasal ‘hantaran kahwin’. Berdasarkan kisah benar dua hari lepas. Boleh baca sampai habis kalau berminat.

“Dua hari lepas saya berjumpa dengan Encik Z. Seorang pegawai kerajaan gred 41. Baru bekerja dalam setahun lebih katanya ingin membeli rumah dari makcik nya. Makciknya seorang bekas peguam, kaya dan rumah banyak. Adalah sebuah apartment nak dijual. Apartment itu harga beli = RM155k.

“Makcik nak jual kat dia dalam RM170k nego nipis. Harga bank dalam 200k. Katanya nak mark up la kan. Dia kata dengan mark up tu, dia boleh la simpan sikit buat nak kahwin. Bakal isteri tengah sambung master di UK. High maintenance katanya.

“Jawapan beliau lepas itu lagi buatkan saya terkejut sampai hampir kencing berdiri dalam seluar, “Tuan. saya koyak ini. bakal isteri pulak tak sabar.” Dia ini pula anak pertama. Keluarga kaya semua peguam, ayah dia ada kata nak hantaran dalam 30k. Majlis lagi 30k macam itu”

“Selesai saya kencing dalam seluar, saya pun jawab ‘Encik Z. Nak simpan RM500 sebulan selama 12 bulan baru dapat RM6k. kalau nak 50k? “bermakna anda kena simpan RM500 sebulan selama 5 tahun, baru ada lebihan 30k. Nak kahwin sekarang memang dapat”

“Rumah itu tak lari, boleh bincang dengan makcik itu. Yang lari, bakal isteri kau itu. Cuba bincang dengan bapak mertua minta kurang buat majlis kecil. Jadi kepada semua set elok-elok. Kalau awek minta hantaran 20k, dan kau hanya mampu simpan RM200 sebulan, suruh dia tunggu 8 tahun,” ujarnya.

Pada golongan wanita fikirkanlah masa depan apabila sudah berkahwin nanti apabila meminta wang hantaran tinggi dan bukannya melihat pada jangka masa pendek. Akhirnya apabila sudah berkahwin perkara itu akan membebankan kedua-dua pasangan. Sebabkan nak nampak mewah di mata orang, di kemudian hari suami isteri menanggung hutang. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *