Nelydia Senrose dikenakan Waran Tangkap

Pelakon, Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap kerana gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam satu kenyataan berkata, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bermula 2009 sehingga 2013.

Dalam kenyataan itu juga, LHDN memaklumkan, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.”

“Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *