Padah Hina TMJ, seorang lelaki direman 5 hari.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki terpaksa membayar “harga yang tinggi” apabila ditahan polis berikutan tindakannya memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor dan institusi Diraja Johor di laman sosial pada 4 April lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada 9.30 pagi tadi di Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penahanan itu susulan satu laporan yang dibuat terhadapnya di sini, kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik berkenaan dan berikutan itu, suspek direman 5 hari sehingga 18 April ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *