Pakaian Zaman Sekarang Dicipta Untuk Menelanjangkan Kita Dalam Tak Sedar

13/04/2017 – Akhir-akhir ini kita dapat melihat gaya wanita bertudung ibarat sudah menjadi satu trend di Malaysia. Ini memberi petanda yang baik kepada negara kita yang merupakan sebuah negara majoriti yang penduduknya orang Melayu beragama Islam.

Seperti kita sedia maklum pemakaian tudung serta menutup aurat adalah satu kewajipan yang harus dipatuhi sebagai seorang Muslim. Tetapi ada segelintir wanita seolah-olah mempersendakan agama dengan cara pemakaian tudung mereka.

Wanita dikenali sebagai Ajieya telah menasihati golongan wanita beragama Islam supaya menutup aurat dengan betul. Ramai wanita beragama Islam berpakaian seperti telanjang tanpa sedar.

“Baiklah seperti sedia maklum sekarang memang trend perempuan pakai seluar yang atas buku lali atau erti kata lain macam singkat dari biasa. Pertama sekali pakai macam itu memang lawa, sebab aku sendiri pun tengok lawa dan nampak cantik sangat sampai terasa nak pakai juga tapi teringat pula Allah dah cakap kaki tu aurat, apatah lagi buku lali.

“Tak dinafikan memang sekarang zaman kita meresap budaya barat, ramai mat salleh pakai seluar atas buku lali dengan heels, sumpah lawa tak tipu! Tapi bawa beringat, kita ini Islam ada garis panduan dalam berpakaian. Nak ikut boleh selagi menutup aurat, sebab sekarang ini memang kebanyakkan pakaian dicipta untuk menelanjangkan kita tanpa sedar.

“Tolong jangan abaikan peraturan Islam dalam berpakaian. Benda makin lama macam ‘cendawan tumbuh selepas hujan.’ Makin banyak ootd dekat instagram pakai macam itu, tak sentuh bab ketat lagi.

“Bagi aku setakat lawa sekarang, orang pandang dan orang lelaki pandang tinggi tapi kelak. Pandangan manusia itu tak penting pun, kalau nak berlawa nak bagi manusia tengok, tapi Allah tak redha. Perempuan memang sukakan perhatian, sama saja aku pun sukakan perhatian. Tapi biarlah perhatian yang disertai rasa hormat bukan perhatian yang disertai nafsu.

“Pasal lengan pulak, selepas tapak tangan kita itu semua aurat. Makin banyak pulak jubah yang berlubang-lubang dekat bahagian tangan itu, nampak kulit-kulit di bahagian lengan. Kalau dah biasa benda dosa pun terasa normal.

“Dan pasal tudung. Tudung sekarang ini alhamdulillah tak ada mengarut macam dulu, sebab sekarang ini boleh tentukan kelabuhan dia ikut suka kita. Labuh sampai perut tak penting janji kau cover dada kau itu yang penting. Sekarang ini trend juga pakai tudung yang ikat simpul cantik ke belakang, tak dinafikan memang cantik. Ada juga tudung yang betul-betul lilit keliling leher saja.

“Tak kisahlah dada kau kecik ke besar ke janji tudung kau itu tutup bentuk dada itu. Senang orang lelaki nak bercakap dengan kau fokus tak terganggu tempat lain.

“Akhir zaman banyak sangat trend dalam berpakaian ini, selagi boleh memilih yang terbaik dan menutup aurat pilihlah adik, kakak, mak, makcik, nenek dan manusia semuanya. Kebanyakkan pakaian keluaran sekarang tak sesuai dan menepati garis panduan berpakaian dalam Islam.

Aku tegur saja, maaf kalau kasar pakai elok-elok biar bertutup selagi hidup ini. Nanti dah mati kain kapan tak boleh atas buku lali, tak boleh atas dada dah,” ujarnya.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. Ajarlah mereka dari awal tentang apa yang wajib dipatuhi sebagai umat Islam dan nasihati anak-anak, terutamanya yang perempuan agar memakai tudung dan menutup aurat dan tidak mencemarkan pemakaian tudung dengan memakai pakaian yang singkat, sendat, menampakkan susuk tubuh dan sebagainya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *