Pembangkang Jangan Fitnah, Buktikan Tuduhan Kedah Terabai

02/04/17 – Akibat terlalu terdesak untuk merampas Kedah dari genggaman Barisan Nasional (BN), puak-puak pembangkang tergamak mengeluarkan fitnah dan menuduh negeri Jelapang Padi tersebut terabai dan tidak membangun.

Menteri Besar Kedah Datuk, Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sikap pembangkang yang gemar membuat pertuduhan paslu terutama sekali mengenai Kedah hanyalah satu agenda bagi meraih sokongan rakyat.

Menurutnya lagi, bekas pemimpin UMNO yang kini telah menjadi pembangkang terlalu terdesak sehingga sanggup berbohong. Malah ketika mereka berada dalam UMNO, tak pernah sebut pun bahawa Kedah terabai.

Tapi bila dah jadi pembangkang, tiba-tiba mendakwa yang Kedah terabai, dah tu langsung tak sertakan dengan sebarang bukti yang kukuh. Jelas bahawa tindakan pembangkang tersebut sekadar mahu mengelirukan rakyat sahaja.

Ditambah pula, pembangkang hanya tahu menggunakan taktik menyebarkan tuduhan palsu bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apabila rakyat merasa kasihan, maka mereka akan membuang undi kepada pembangkang dan menolak BN.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Kedah telah diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun negeri tersebut sekarang ini dimiliki oleh BN selepas pilihan raya yang lalu.

Tuduhan Mukhriz itu nyata tidak berasas kerana Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM320 juta menerusi NCIA (Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara) untuk pelaksanaan projek Rubber City dan Taman Sains dan Teknologi Kedah.

Jadi dimana difinasi ‘terabai’ yang dimaksudkan Mukhriz tersebut? Adakah tuduhan tak berasas itu dibuat hanya sekadar mahu menyemai sifat benci terhadap kerajaan? Atau sekadar mahu meracun pemikiran rakyat sahaja? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *