Penduduk gali dan kutip kepak ayam dalam tanah di Sibu.

Sibu: Imej orang ramai mengorek lubang dan mengutip kepak ayam sejuk beku yang dibuang pihak tertentu di Bukit Aup, di sini, menjadi tular di laman sosial hari ini.

Kepak ayam berkenaan didakwa dibuang pihak tertentu ke dalam lubang selepas diangkut menggunakan beberapa lori, Jumaat lalu.

Ada dakwaan mengatakan kepak ayam itu dibuang kerana syarikat pengimportnya tidak membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Namun, ada dakwaan juga yang menyatakan kepak berkenaan dibuang kerana tidak boleh dimakan atas alasan kesihatan.

Jurucakap JKDM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pelupusan kepak ayam berkenaan.

“€Setakat petang tadi tiada sebarang maklumat berkaitan perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim memaklumkan pihaknya tidak terbabit dalam pembuangan kepak ayam berkenaan.

“€Bukan dari jabatan kami,”€ katanya ketika dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *