‘Pengalaman’ Suami Apabila Dimadukan Oleh Si Isteri

21/04/2017 – Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal madu. Tetapi ramai para isteri yang tidak sanggup untuk hidup bermadu kerana banyak pahit dari manisnya.

Semua sudah mengetahui madu memang sinonim tentang kebenaran suami untuk berkahwin lebih dari satu. Tetapi isteri atau wanita tidak dibenarkan bermadu kerana terdapat banyak sebab tidak membenarkan wanita bermadu, dalam Islam juga melarang perbuatan itu.

Tetapi, lelaki ini telah mendedahkan dirinya telah dimadukan oleh isterinya sendiri. Isteri telah meminta kebenaran untuk berkahwin lagi satu dan perasaan yang dirasai oleh lelaki ini apabila mengetahui dirinya telah dimadukan amat menyakitkan.

“Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata. Baru-baru ini saya bermimpi isteri saya bernikah lagi 1 dengan seorang lelaki. Erti kata lain, saya telah dimadukan oleh isteri. Dalam mimpi itu isteri saya memakai pakaian pengantin dan bersiap hendak bernikah.”

“Dia arahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Dalam mimpi itu isteri saya telah selamat bernikah dengan seorang lelaki. Setelah selamat bernikah mereka balik kerumah kami dengan pakaian pengantin. Isteri arahkan saya untuk menjaga anak kami sementara dia hendak bersama suami ke-2 nya.”

“Isteri siap berpesan supaya jangan ganggu ketika mereka tengah bersama. Malam itu mereka masuk bilik dan kunci pintu. Ketika itu saya sedang menonton tv dekat ruang tamu. Saya terdengar gelak ketawa mereka dari dalam bilik. Kadang-kadang bunyi suara merengek, hati saya ketika itu sudah menjadi panas. Allah sakitnya hati tuhan saja yang tahu dengan geram saya menolak daun pintu sekuat hati. Apa yang saya lihat mereka tengah bercumbuan dari atas katil. Mengigil tubuh saya menahan marah. Sedar-sedar saja saya mengucap panjang.”

“Saya lihat isteri di sebelah saya terus cubit dan tampar isteri sambil jerit. Walaupun tahu mimpi saya tak dapat menahan rasa sakit hati. Saya tampar isteri sebab nak balas dendam atas rasa sakit hati saya. Isteri yang tengah tidur terkejut dengan tindakan saya. Saya yang sedang menaip mesej ini masih lagi sakit hati dengan mimpi itu walaupun dah seminggu berlalu.”

“Allah lamanya nak hilangkan rasa sakit hati ini. Sekarang baru lah saya sedar kenapa ramai wanita marah apabila suaminya hendak berkahwin lain. Saya sudah merasainya walaupun dalam mimpi. Kalau lah ditakdirkn wanita boleh bernikah lagi 1, rasanya saya tak sanggup ya Allah. Betul-betul tak sanggup. Mungkin ramai lelaki yang meroyan apabila perempuan dapat berkahwin lebih dari 1.”

“Jadi sedar lah suami diluar sana, hati perempuan mana sanggup melihat suami nya bersama insan lain. Kalau ditakdirkan isteri boleh bernikah lebih dari 1 anda pun tak sanggup rasanya melihat isteri bersama lelaki lain. Sekadar luahan hati seorang suami. Jangan kecam saya sekadar nak kongsi kepada anda diluar sana.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *