Pengaruh Lady Gaga dijadikan modal untuk tangani kesihatan mental.

LONDON: Putera William menggunakan pengaruh penyanyi popular, Lady Gaga, dalam usaha menarik orang ramai bersikap lebih terbuka mengenai kesihatan mental dan menepis stigma yang dikaitkan dengan isu itu.

Pewaris takhta Britain itu menyiarkan video hari ini yang memaparkan perbualan beliau dengan bintang pop itu menerusi panggilan aplikasi Facetime dari rumahnya di London ke rumah Lady Gaga di Los Angeles.

William berkata, sudah tiba masanya semua orang bercakap dan berasa normal mengenai kesihatan mental.

“Ia sama dengan kesihatan fizikal,” katanya.

Lady Gaga berkata, bercakap lebih terbuka mengenai kesihatan mental membolehkan orang ramai berasa mereka tidak menyembunyikan sesuatu. – AP