Penyokong Bersih 5 Mahu Masjid Dan Surau Dapatkan Kebenaran Sebelum Laungkan Azan

13/04/2017 – Saban hari dilihat semakin parah pembawa fahaman liberal yang mahukan setiap kali untuk disiarkan laungan azan menunjukkan masuknya waktu solat bagi yang beragama Islam, maka AJK masjid atau surau perlu meminta izin penduduk.

Jika ini berlaku, mungkin juga boleh terjadi siaran azan di kaca tv dan siaran radio akan dimansuhkan.

Jika sebelum ini hanya mendengar rungutan penduduk yang bukan Islam yang membantah siaran azan, terutamanya di negeri di bawah pimpinan oleh pembangkang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

Kini berbeza pula apabila komen seorang pengguna akaun media sosial dengan nama Azira Aziz yang difahamkan adalah salah seorang yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, turut juga mempersoalkan jarak masjid dan surau dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Beliau berpandangan bahawa masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan, diisyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 kali dalam sehari.

Malah beliau juga berpandangan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertolenransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.

Menurut Azira Aziz, perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah.

Tak cukup dengan itu, beliau menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.

Ini kerana beliau beranggapan bahawa sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi.

Apa pun, mungkin kerana beliau pernah berkhidmat dengan seorang ahli politik pembangkang dari DAP maka cara berfikirnya juga sudah dipengaruhi oleh pemikiran DAP, terlalu liberal.

Atau mungkin juga Azira Aziz ini tidak sedar bahawa pemikiran liberal juga adalah di import dari barat yang kita tahu Barat juga tidak aman seperti yang kita ketahui hari ini.

Boleh juga dikatakan kekalutan yang sedang berlaku di Timur Tengah juga mungkin berpunca dari Barat.

Bagaimanapun, perlu ditanyakan adakah beliau bersetuju jika negara ini tiada lagi pemerintahan berRaja atau Sultan malah tidak perlu lagi negara Malaysia ini mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong, kerana merujuk kepada Perlembagaan Persekutan, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam negara ini.

Seperti yang dijelaskan didalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah Agama Persekutuan bagi Malaysia, walaupun agama selainnya boleh di amalkan dengan aman, Perkara 3 juga menjelaskan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

Sehubungan itu, mungkin Azira Aziz ini tidak perasan bahawa sejak berluasanya kuasa DAP didalam negara dan dalam Dewan Rakyat, maka semakin bercelaru pemikiran rakyat Malaysia hari ini.

Mungkin kerana tersebar luasnya fahaman liberal atau “creeping liberalisation” maka penghormatan kepada hak asasi selainnya tidak lagi di pandang berat.

Jadi tidak lama lagi, tidak hairan jika dilihat pasangan bercumbuan dikhalayak ramai tanpa berselindung lagi kerana hak kebebasan hidup di negara Malaysia yang ratanya orang Melayu tetapi pemikiran mereka sudah menjadi pemikiran liberal.

Jika Azira Aziz ini ingin cadangannya diterima, beliau disarankan jadikan negara ini sebuah republik dan tanpa beraja, kemudiannya baru di buat peraturan untuk tidak membenarkan azan atau perlu memohon kebenaran untuk melaungkan azan penanda waktu solat.

Sekiranya beliau tidak mampu melakukannya, Azira Aziz dicadangkan berpindah untuk tinggal di mana-mana negara yang tidak mengamalkan adat resam dan budaya Islam, mungkin Singapore atau Thailand atau paling nyata ke negara barat yang lebih liberal.

Atau boleh sahaja Azira Aziz tinggal di perkampungan penempatan kaum Cina atau India yang tiada masjid atau surau dikawasannya.

Rasanya boleh dibayangkan jika parti rasis dan cauvinis DAP berjaya merampas negara ini, mungkin di radio dan TV juga di tiadakan Azan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *