‘Penyokong’ Bola Sepak Kedah Tidak Tahu Bersyukur

09/04/17 – Rata-rata penyokong Bola Sepak Kedah ni sebenarnya tak tahu nak bersyukur! Tambah-tambah selepas perlawanan Liga Super semalam yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah menentang PKNS yang berkesudahan seri 1-1.

Bila dah seri, mula la penyokong Kedah nak salahkan pemain dan jurulatih Tan Cheng Hoe yang sekarang ini dilanda kontroversi kononnya mahu lepaskan jawatan kerana mahu menjadi pembantu jurulatih Harimau Malaya.

Pelik sungguh Gomez, seri satu sama je pun bukannya kalah! Tapi penyokong Kedah meroyan dan histeria macam kalah besar. Tambah-tambah geng ‘penyokong’ Kedah yang baru acah-acah nak minat bola sepak, geng-geng lalang ni time menang besar je baru nak sokong time kalah kutuk dan maki bukan main.

Disebabkan game semalam seri, maka geng ‘penyokong lalang’ Kedah kutuk katanya permainan yang ditunjukkan semalam tak best dan membosankan. Mungkin bagi dorang, nak pasukan Kedah tu menang je dan taknak kalah langsung!

Kebanyakkan yang kutuk pasukan Kedah time kalah atau seri tu, kesemuanya geng-geng ‘penyokong lalang’! Bukan itu sahaja, penyokong Kedah yang tak berhati perut ni juga tak tahu nak hormat keputusan Tan Cheng Hoe.

Andainya rezeki Tan Cheng Hoe untuk menjadi penolong jurulatih Harimau Malaya, sepatutnya penyokong Kedah tidak cepat melatah dan menyalahkan orang lain. Malah dorang patut bersyukur kerana Tan Cheng Hoe diberi peluang keemasan tersebut.

Bercakap mengenai perlawanan semalam, barisan pemain bola sepak Kedah tidak dapat mempamerkan aksi menarik kerana keadaan padang yang basah akibat hujan berterusan sepanjang perlawanan. Cuaca yang tidak mengizinkan tersebut telah mengganggu prestasi pemain.

Bukan tu je, barisan pemain yang diturunkan Tan Cheng Hoe semalam kebanyakkannya adalah pemain dibangku simpanan dan bukannya pemain utama. Jadi disebabkan tu la hambar sikit tapi kira power jugak la sebab seri dan bukannya kalah.

Pasukan Kedah jika hendak diikutkan baru dua tahun main Liga Super balik, kira okey la sebab sepanjang perlawanan liga tahun ini Kedah masih lagi mempertahankan rekod tanpa kalah. Tapi tu pun korang masih tak tahu nak bersyukur lagi.

Kalau korang yang penyokong lalang ni rasa dorang power sangat, korang pergi la main! Nasihat Gomez, kalau tak boleh nak sokong masa Kedah kalah atau seri jadi jangan sokong masa Kedah menang dan acah-acah penyokong sejati Kedah. #PenyokongLalangKedahSILAMENINGGAL! Haha! – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “‘Penyokong’ Bola Sepak Kedah Tidak Tahu Bersyukur

  • 09/04/2017 at 4:38 pm
    Permalink

    org marah kt ref.. angpa pandai2 bt statement bangang mcm ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *