Penyokong Pakatan Samakan Hadi Awang Dengan Monyet

20/04/2017 – Jika sebelum ini aktivis Fahmi Reza pernah mengundang kontroversi kerana menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai badut, kini sekali lagi beliau mengundang kontroversi apabila lakaran yang menggambarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai monyet.

Dalam muatnaik Facebook terbaharunya, Fahmi melakar karikatur menyerupai ahli politik terkenal dikekong bapa masing-masing.

Fahmi melakar karikatur menyerupai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikekong bapanya Lim Kit Siang, bersebelahan Abdul Hadi yang mengekong anaknya Muhammad Khalil, yang baru-baru ini dinamakan ketua pemuda PAS.

Kartun bertajuk “Bapa borek, anak rintik” turut membawa hashtag #FatherAndSonParty (parti bapa dan anak), serta perkataan “Bapak dewa, anak tokong” di bawah lakaran menyerupai Guan Eng dan bapanya, dan “Bapak monyet, anak kera” di bawah lakaran menyerupai Abdul Hadi dan anaknya.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan lukisan Fahmi akan dirujuk kepada peguam parti sekiranya ia mempunyai unsur fitnah.

Fahmi menghalakan penanya terhadap Hadi ekoran kartun kontroversi Nanyang Siang Pau bertajuk “Monkey Show Act” yang memaparkan dua ekor monyet di atas pokok “Akta 355”, merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sekumpulan monyet dilihat bergaduh di bawah pasangan itu. Daripada pasangan itu, seekor monyet memakai songkok bertulis “speaker”, manakala seorang lagi memakai serban berlabel “Hadi Awang”.

Kementerian dalam negeri kemudiannya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akbar berbahasa Cina, dan kemudian mengumumkan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Semalam, Fahmi memuat naik gambar borang permohonan menyertai PAS tetapi butirannya menunjukkan beliau cuma mempersendakan parti Islam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *