Perangai Pekerja Melayu Memang Pemalas

20/04/2017 – Kaum Melayu amat sinonim bila dikaitkan dengan malas, malah kadang-kadang rasa malu dengan kaum Cina yang disifatkan lebih maju ke hadapan. Kaum Melayu masih tidak rajin, sebagai contoh situasi yang berlaku di tempat kerja di mana hampir majoritinya perempuan berbanding lelaki.

Itu luahan oleh seorang pekerja sebuah syarikat apabila melihat sikap pekerja Melayu yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain dan menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah semasa bekerja.

Kisah itu telah dikongsikan di IIUM, semoga dijadikan iktibar jangan makan gaji buta dan melakukan kerja bersungguh-sungguh dan tidak curi tulang.

“Aku kerja dekat HQ syarikat yang agak besar, cawangan satu malaysia ada lebih 22 cawangan. Mula aku interview dekat anak syarikat tapi bos tengok ada diploma dia tukar pergi HQ. Masa interview bos pesan bukak 9.30 a.m tapi kena datang awal pukul 9. Rehat pukul 1 p.m dan balik 6.30 p.m. Syarikat aku ini chinese punya tapi bos tersangat lah baik. Selalu jaga kebajikan pekerja dengar staff batuk ke selesema atau demam dia yang belikan ubat.”

“Bermula lah episod aku pekerja baru masuk kenal dengan staff lama ada 4 staff melayu termasuk saya 5. Yang lain semua chinese tak campur budak stor. Pelan-pelan sambil belajar hal kerja belajar jugak perangai staff. Mula lah dengar cerita itu cerita ini. Orang itu macam ini orang ini macam itu ada seorang kakak melayu ini cerita supervisor lebihkan chinese.”

“Kalau melayu ada saja tak kena, lepas itu suka marah melayu saja. Budak baru kan aku iyakan saja. Tapi dah nak dekat setahun kerja aku perhati perangai sorang-sorang dan tahu kenapa bos dan supervisor memilih.”

“Pertama, sebabkan bos baik pekerja masuk suka hati, kadang lambat kadang awal dan balik awal. kalau balik lambat tapi kira ot sepatutnya balik lambat itu kira kau cover balik yang masuk lambat itu. Bos tegur sekali dua lepas itu buat balik. Sampai bos malas tegur mungkin sebab kau dah kerja belas tahun bos pejam mata sebelah lah.”

“Kedua, solat berlebih-lebihan masa. Sepatutnya boleh saja solat 5-15 minit. Tapi sampai sejam kau solat sebab apa makeup tebal 10 inci. Solat kejap saja nak make up balik itu yang lama. Bos nampak sorang kakak ini tengah makeup dia tegur sudah satu jam oo. Kakak itu senyum tapi selepasnya dia up post dekat fb cakap tak suka kalau orang persoal pasal solat ini. Bos tegur kau makeup lama lah bukan pasal solat lama.”

“Ketiga, lupa diri. Ini cerita dari side supervisor aku. Supervisor aku lelaki chinese yang dah kerja dekat syarikat ini dari zaman kanak-kanak dia sampai sekarang dah berpuluh tahun. Ada seorang kakak ini lupa diri, dulu hidup susah sampai nak bankrupt. Bos tolong dia, kira dia pinjam duit dengan bos lah. Masa itu kerja rajin saja cuti weekend, public semua sanggup tak ambik. Orang cuti dia kerja, sekarang dah senang dan hutang pun dah langsai. Kerja sekejap cuti sekejap MC yang paling banyak MC.”

“Sebenarnya kerja mana-mana pun sama saja tapi based on aku punya experience dari kerja sebelum ini dan kerja sekarang melayu memang suka buat taik. Dulu aku kerja hotel senior melayu buli aku dia buat semua boleh, adik-adik bawah tak boleh. Senior India aku elok saja perangai, bukan nak racist tapi kebanyakkannya gitu.”

“Kau kerja kena sedar diri kau itu dibayar gaji. Jangan nak komplen lebih sangat. Tapi kalau kau kerja bagus tapi still dapat bos perangai lahanat kau kirim salam sajalah kat syarikat itu.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *