Perbezaan Diantara Perangai Orang Baik Dan Orang Yang ‘Acah-Acah’ Baik

Biasa dengar tak ayat macam ni, ‘bajet baik’, ‘perasan bagus’, ‘hipokrit’ atau yang seumpama dengannya. Tetapi atas dasar apakah yang boleh kita ukur untuk mengesahkan kenyataan tersebut? Bukan apa, takut bercakap ikut nafsu sahaja. Itu yang kita tak nak.

Jadi, di sini ada beberapa tanda yang membezakan antara orang baik dan yang acah-acah baik yang boleh anda kesan. Kalau jumpa orang atau kawan yang berperangai sebegini, eloklah anda berwaspada. Kata rakan saya, nak jadi orang baik kena bergaul dengan orang baik bukan yang pura-pura baik atau plastik!

8 beza antara orang baik dan ‘orang plastik’:

1. Orang baik akan menghormati semua orang, tak kira sesiapa pun. Tetapi ‘orang plastik’ hanya menghormati orang-orang dikalangan tertentu. Contohnya orang-orang ternama sahaja.

2. Orang baik biasanya disukai orang lain kerana sifatnya itu. Dia tidak akan berusaha untuk membuatkan orang lain menyukainya kerana kebaikan itu sudah dilihat secara semulajadi.

Berbeza dengan ‘orang plastik’, mereka akan cuba berusaha untuk membuat orang lain menyukainya walaupun terpaksa berpura-pura. Contohnya dalam membuat kebaikan.

3. Orang baik tidak suka mencari perhatian, manakala ‘orang plastik’ sentiasa dahagakan perhatian. Ini antara perangai paling ketara yang boleh anda tengok.

4. ‘Orang plastik’ suka menunjuk-nunjuk, contohnya apabila mereka berjaya meraih sesuatu pencapaian. Boleh termasuk dalam soal kejayaan, pangkat, harta dan banyak lagi.

5. Orang baik apabila tidak suka dengan sesuatu perkara, mereka lebih gemar untuk memberi pendapat secara terbuka. Berbeza dengan ‘orang plastik’, mereka jenis ini suka bergosip atau mengata di belakang.

6. Orang baik akan sentiasa berusaha menepati janjinya, manakala ‘orang plastik’ ini suka memberi komitmen tetapi tidak bertanggungjawab.

7. Orang baik tidak segan memuji dan mengagumi orang lain, berbeza dengan ‘orang plastik’, mereka ini lebih gemar mengkritik dan menjatuhkan orang lain supaya dirinya dilihat hebat.

8. Orang baik suka menolong orang lain tidak kira waktu atau mengharapkan apa-apa balasan. Manakala ‘orang plastik’ juga suka menolong, tetapi apabila mempunyai agenda atau maksud tertentu.

Apa pun, kuncinya jangalah kita mudah berburuk sangka dengan orang lain. – tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *