Pesawat ringan terhempas akibatkan 5 maut di Lisbon

LISBON: Seramai lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di gudang sebuah pusat beli-belah di pedalaman bandar raya ini hari ini, kata perkhidmatan penyelamat.

Nahas membabitkan pesawat yang didaftarkan di Switzerland itu mengorbankan juruterbang dan semua tiga penumpang, masing-masing seorang warga Swiss dan tiga Perancis.

Seorang pemandu trak warga Portugis yang berada di gudang berkenaan ketika nahas turut terkorban, menurut kenyataan itu.

Tiga yang lain dilaporkan mengalami cedera ringan.

Gudang itu terletak kira-kira satu kilometer dari lapangan terbang kecil Tires, di daerah Cascais.

Pesawat enjin berkembar Piper PA-31 itu baru saja berlepas menuju ke bandar di selatan Perancis, Marseille apabila ia terhempas dan merempuh sebuah trak berhampiran gudang.

Kira-kira 90 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran. Sebuah rumah penduduk turut rosak.

AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *