PPBM, Bermaksud Parti Penuh BerMasalah

Oleh Beruang Biru

Selamatkan “parti sendiri dulu”, itu yang paling sesuai untuk diamal dan diusahakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

PPBM yang diketuai oleh Mahathir dan Muhyiddin mengembara ke seluruh Malaysia dalam kempen memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib dengan tema “Selamatkan Malaysia”.

Malangnya parti mereka sendiri yang harus diselamatkan terlebih dahulu. Ketua Armada mereka iaitu Syed Saddiq, telah pun menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke Universiti Oxford.

Semua orang menyangka ia hanyalah kehendak peribadi seorang individu untuk masa depannya.

Namun apabila disiasat dan diselidik ianya ada kaitan dengan beberapa hal dalaman parti PPBM yang tidak molek.

Boleh dikatakan ada pergolakan dan Ketua Armada melihat tiada masa depan dengan parti yang ditubuhkan secara mengejut ini.

Syed Saddiq mahu selamatkan dirinya dari parti bermasalah. Ainina awal awal sudah “selamat” kerana isu salam empat kali.

Kemudian desas desus tersebar, kononnya Muhyiddin mahu membuat U-Turn mahu keluar dari PPBM. Desas desus ini masih di peringkat khabar angin sahaja.

Walaupun begitu , orang kanan dan yang rapat dengan Muhyiddin ada juga menyampaikan kisah bagaimana Muhyiddin berang dengan tindak tanduk Mahathir sebagai Pengerusi. Mahathir telah bersikap terlebih sudu dari kuah.

Sepatutnya Mahathir , jika telalu ghairah membuat kenyataan bagi pihak PPBM , seharusnya dia melantik dirinya sendiri menjadi Presiden dan bukannya Pengerusi.

Keadaan ini mengakibatkan Muhyiddin tidak di pandang oleh sesiapa pun dari kalangan komponen Pakatan Harapan walaupun bergelar Presiden kerana mereka mengetahui Mahathir adalah orang yang “call the shot” dalam PPBM bukannya Muhyiddin.

Ini mengesahkan tabiat Mahathir yang sudah diketahui , iaitu suka menggunakan orang lain untuk tujuan politiknya.

Dalam konteks ini, Mahathir mempergunakan Muhyiddin untuk membina struktur parti , iaitu kerja taraf “barua”. Setelah wujud struktur, Mahathir dan anaknya Mukhriz hanya perlu bertenggek sahaja kepada hasil kerja Muhyiddin.

Cukup masa , Muhyiddin pun akan diterajangnya keluar. Apa tidaknya 22 tahun UMNO memberi kemewahan , kuasa, kekayaan pun Mahathir tidak kenang budi. Apakah Mahathir mahu kenang budi Muhyiddin?

Terkini , Timbalan Presiden GKCM iaitu Mohd Zin Mustapa telah memberi kenyataan tidak menyokong kepimpinan Tertinggi PPBM.

GKCM yang dikenali sebagai salah satu pihak yang terawal mengambil pendirian berlawan dengan Datuk Seri Najib kini mula menyesali pendirian menyokong PPBM.

Menyebut “banyak kepincangan dalam PPBM” sebagai salah satu sebab penarikan sokongan GKCM terhadap parti yang amat baru ini, jelas menunjukkan betapa PPBM sebuah parti “kapal hendak karam”.

Umum harus tahu PPBM tertubuh atas sebab “tidak sengaja” kerana Mahathir tidak menjangkakan Najib berani membuang tiga orang ternama dan berpengaruh secara sekaligus.

Kalau tidak dibuang, Mahathir mahu gunakan tiga orang ini untuk merosakkan UMNO.

Maka atas sebab itu wujudlah Pelan B , iaitu kesinambungan untuk sambung nyawa politik Muhyiddin dan anaknya Mukhirz, maka satu platform baru harus diadakan, maka tertubuhlah PPBM.

Parti PPBM yang baru setahun jagung bak kata “dakwat belum kering” sudah banyak masalahnya tersendiri.

Perebutan kawasan , pertindihan dua puak dalam satu bahagian , perlantikan Ketua Bahagian cara payung terjun dan lain lain kini seolah menjadi bisul menunggu nanahnya pecah sahaja.

Bagi parti yang belum cukup umur , ini adalah petanda ia akan hancur sebelum apa apa pun.

Selain ada masalah yang akan menyebabkan PPBM dalam “self destruction”, PPBM juga menjadi masalah kepada komponen lain dalam Pakatan Harapan.

Kehadhiran Mahathir yang mahu “hijack” Pakatan Harapan menyebabkan ramai pihak dari kalangan komponen tidak senang hati.

Berlakulah perpecahan dalam DAP dan PKR. Puak DAP dan PKR juga tidak puas hati dengan PPBM. Mereka dididik membenci UMNO dan Mahathir , kini mereka diajar untuk berlaku songsang pula dengan terpaksa menerimanya ke dalam dakapan mereka.

Pada asalnya PPBM tidak ada dalam perancangan untuk ditubuhkan Mahathir. Ini kerana kepentingan Mahathir hanyalah hal peribadi, harta dan kuasa.

Untuk urusan harta itu sahaja yang memerlukan kuasa. Itulah sebabnya Mahathir mahukan kuasa. Terlalu obses pada kuasa.

Pada perkiraan Mahathir, kuasa boleh didapatinya melalui kerjasama peribadinya dengan DAP. Itulah caranya. Sebab itu Mahathir sudah berkira kira mahu memberi anaknya bertanding di kawasan selamat DAP.

Paling penting untuk Mahathir adalah Mukhriz mesti berjaya menjadi ahli Parlimen, lalu selepas itu dengan dananya yang banyak , maka kerja jual beli dan negotiasi boleh lah dilakukan.

Namun apabila Muhyiddin dan mereka yang lain mengesyorkan penubuhan PPBM , maka Mahathir terpaksa berlakonlah menyetujuinya untuk tidak terlihat pentingkan diri sendiri.

Kini dengan tercetusnya sebaran media oleh Timbalan Presiden GKCM berkenaan kisah dalaman PPBM , nyata sekali dan jelas sekali lah PPBM adalah sebuah parti yang bermasalah.

Selain tidak mendapat sokongan masyarakat dengan keahlian paling sedikit, ia juga miliki masalah lebih besar dari parti komponen PH yang lain.

Apa yang bermula dengan tidak elok akan berakhir dengan tidak elok juga.

PPBM wujud kerana penipuan alasan dan matlamat oleh Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan mengambil kesempatan dari kedudukan dan namanya, Mahathir dengan tipu muslihat serta fitnahnya berjaya membuat rakyat mempercayainya, tetapi tidak selama lamanya rakyat akan terus tertipu.

Kerja jahat sentiasa tidak mendapat keredhaan Allah, ada sahaja “setback” yang dihadapi oleh Mahathir pada setiap perkara yang dia lakukan.

Kini, Malaysia masih dalam keadaan selamat di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, yang tidak selamat adalah parti PPBM. Mereka dilanda pelbagai masalah sekarang. Penuh dengan orang yang berskandal, elitis pencen yang kecewa dan kroni sendiri. Rakyat biasa sukar tembus hirarki tertinggi dalam PPBM.

Sila selamatkan parti sendiri dahulu sebelum mahu selamatkan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *