Rayani Air terima paling banyak aduan dari pengguna.

Isu bayaran balik wang melibatkan Rayani Air menduduki carta teratas aduan pengguna yang diterima Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dalam tempoh 12 bulan.

Laporan Pengguna Pertama Mavcom antara Mac 2016 hingga Februari tahun ini merekodkan 1,639 aduan termasuk kesalahan pengendalian bagasi dan pembatalan penerbangan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 673 aduan melibatkan tuntutan pembayaran balik terhadap Rayani Air, syarikat patuh syariah yang dibatalkan lesen pada Jun tahun lalu itu.

“Sehingga 28 Februari 2017, kira-kira 50 peratus penumpang Rayani dalam rekod Mavcom menerima pembayaran balik mereka,” menurut laporan itu.

Syarikat kedua paling banyak berdepan isu pembayaran balik wang iaitu 119 aduan adalah AirAsia, diikuti aduan berkaitan pengendalian bagasi oleh Malaysia Airlines (69).

Secara keseluruhan, aduan berkaitan pembayaran balik wang direkod sebanyak 55 peratus, diikuti oleh pengendalian bagasi (10 peratus) dan pembatalan penerbangan (9 peratus).

Selain itu, aduan kedua tertinggi adalah mengenai isu bayaran balik terhadap AirAsia, manakala yang ketiga merupakan isu pengendalian bagasi oleh Malaysia Airlines.

Dalam pada itu, Malindo Air menerima jumlah aduan tertinggi berdasarkan nisbah bagi setiap penumpang di mana bagi setiap sejuta penumpang yang dibawa Malindo Air, terdapat 20 aduan diterima Mavcom, khususnya berkisar penundaan penerbangan dan isu bayaran balik.

Menyusul selepas Malindo Air adalah Malaysia Airlines dan AirAsia X dengan 14 aduan bagi setiap sejuta penumpang masing-masing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *