Regim Kim Jong Un sedang bangunkan jenis peluru berpandu baru.

WASHINGTON: Pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara mungkin sistem terkini tidak diketahui yang dibangunkan oleh rejim Kim Jong-un, kata pakar senjata.

Pentagon tidak membincangkan jenis peluru berpandu mana yang meletup ‘hampir serta merta’ selepas dilancarkan awal pagi Ahad lalu berhampiran Simpo di pantai timur Korea Utara dengan Rumah Putih berkata, ia adalah roket jarak sederhana.

Seorang pakar senjata dengan kumpulan pemantau 38 North, John Schilling, berkata kegagalan pelancaran itu satu petunjuk ujian sistem baharu dijalankan.

“Perbincangan mengenai kegagalannya pada awal pelancaran, ia adalah situasi biasa bagi peluru berpandu peringkat awal Korea Utara apabila mereka sedang menguji sistem tujahan dan pandu arah.

“Lebih banyak butiran lebih baik, namun saya berpendapat ia adalah jenis peluru berpandu baharu atau sudah pasti bukan yang sudah dibangunkan,” kata Schilling kepada AFP.

Schilling beranggapan ujian itu mungkin rekaan baharu yang ditunjukkan Jong-Un dalam perarakan tentera besar-besaran Sabtu lalu di Pyongyang.

Katanya, peluru berpandu yang dibawa dalam pengangkut peluru berpandu balistik jarak sederhana Musudan, namun ia adalah daripada jenis berbeza.

“Ia adalah peluru berpandu dua peringkat yang kelihatan seperti versi dua peringkat model ICBM KN-08 mereka.

“Ia sesuatu yang kami tidak pernah lihat mereka mengujinya. Jika mereka cuba menunjukkannya sebagai keupayaan penuh, adalah wajar mereka mengujinya secepat mungkin selepas menunjukkannya kepada dunia,” katanya merujuk kepada peluru berpandu balistik antara benua yang turut dibangunkan Pyongyang. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *