‘Saya ingat Abang cuma main-main, selepas mengandung baru sedar saya sebenarnya dirogol..”

Pernah dengan kisah ‘haruan makan anak’? Bapa sanggup merogol anak sendiri. Kisah-kisah abang merogol adik, atau adik merogol kakak sendiri.

Sebenarnya dalam diam ramai gadis yang telah menjadi mangsa rogol ahli keluarga kandung sendiri. Ada di antara mereka yang trauma disebabkan pengalaman dicabul dan gangguan seksual semasa kanak-kanak oleh lelaki-lelaki kepercayaan mereka.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui perkara ini berlaku. Ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana mahu menjaga aib keluarga. Dikongsikan di akaun facebook Baitus Solehah, menceritakan kisah abang yang telah merogol adik kandungnya sendiri baru berusia 15 tahun.

Abang yang didakwa tersebut telah didakwa dan kini telah menjalani hukuman juvana. Sebaik kes dilaporkan kepihak polis, abang terus direman dan adik dihantar ke rumah perlindungan sehingga melahirkan anak. Setelah selesai siasatan akhirnya abang didapati bersalah.

Setelah abang ditahan bawah kes juvana dan sedang menjalani hukuman, keluarga merancang untuk membawa adik bersama bayinya pulang ke rumah. Sama sama menjaga bayi ini. Ibu kandung bayi baru berumur 15 tahun. Ketika melahirkan anak pada Oktober tahun lepas. Kini bayi telah berumur 6 bulan.

Tahun 2017, ibu masih di sini dan keluarga bercadang membawa pulang untuk meneruskan persekolahan. Sudah hampir setengah tahun, adakah mana mana sekolah mahu menerima kemasukkan pelajar untuk mengambil PT3?

Kejadian kes berlaku di dalam rumah. Ibu bapa ada. Abang cuma nak try test power sebab suka lepak dengan kawan kawan tengok video porno. Paling mudah try test power adik dalam rumah. Adik sedang tidor, terus ditunggang tanpa tahu apa apa. Nak try kat awek kena belanja makan.

Adik pulak tak tahu apa yang abang lakukan. Ingat game baru abang main. Adik biarkan aja. Tak bagitahu emak bapak. Beberapa kali pun adik masih fikir itu adalah game. Sehingga adik demam , sakit perut, sembelit berhari hari, emak bawa ke klinik jumpa doktor. Sekalinya doktor scan dan sahkan telah mengandung 38 minggu. Seminggu selepas itu dalam polis dok buat sisatan telah melahirkan anak. Ujian DNA mengesahkan benar abang yang merogol adik.

Kisah untuk perhatian emak bapak diluar sana fikir , renung dan ambil tindakan. Jangan syok baca dan mengata anak orang. Siapa siapa pun boleh berlaku tanpa memohon perlindungan kepada Allah. – MissA/UtaraNews.com