‘Saya Serahkan Kepada Pucuk Pimpinan Parti Untuk Membuat Keputusan’ – Nga Kor Ming

Oleh Lim Sian See

Pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud bagi kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, kata Ketua DAP Perak Nga Kor Ming.

Beliau mengulas gambar yang disiarkan dalam akhbar-akhbar yang menggambarkan seorang wanita menyerupai Ketua Pemuda DAP mencium seorang lelaki, yang kelihatan seperti MP DAP Zairil Khir Johari.

Imej-imej ini, yang bukannya kali yang pertama, telah tersebar luas di internet.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi gambar baru muncul secara berterusan, jadi adalah lebih baik bagi media untuk mendapatkannya terus dari pucuk pimpinan,” kata Nga kepada Malaysiakini.

Zairil, yang telah berkahwin, sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah orang yang ditunjukkan yang menari dengan rapat dengan seorang wanita menyerupai Dyana pada set kedua gambar dan video yang berleluasa di internet pada bulan Mac.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu masih belum memberi respons kepada permintaan untuk mengulas gambar-gambar yang terbaru.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas daripada kepimpinan DAP Pulau Pinang untuk mengulas mengenai pencalonan Zairil. Percubaan berulang kali untuk menghubungi pemimpin DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow adalah tidak berjaya.

Ketika dihubungi, Dyana tidak mengesahkan atau menafikan bahawa beliau adalah wanita dalam gambar terkini itu.

Beliau juga berusaha untuk memesongkan perhatian dari “serangan peribadi dan bersifat dendam” itu kepada kerja-kerja beliau di Teluk Intan, termasuklah untuk mendapatkan dana untuk Pusat Pembangunan Wanita dan untuk membaiki jeti di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *