‘Seminggu Kahwin Isteri Sudah Tunjuk Perangai Sebenar, Selepas Tiga Tahun Masih Tak Berubah’

19/04/2017 – Allah uji pada hambaNYA mengikut kemampuan hambanya dan Allah jua telah sediakan ganjaran utk hambaNYA yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan..

Sabar dan yakin Allah ada bila kita dalam masalah dan yakin Dia akan membantu hambaNYA yg sabar. Mintalah yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam bukan nama sebenar berkongsi menghadapi ujian berhadapan dengan seorang isteri yang biadap dan tidak menghormati suami. Akhirnya jalan terakhir dilakukannya adalah dengan menceraikan isterinya itu.

Nama saya Adam (bukan nama sebenar), semasa umur 26 tahun saya risau sebab semua kawan-kawan dah dijinjang pelamin dan ibu bapa pun asyik bertanya. Berkenalan dengan beberapa wanita tapi dirasakan tidak sesuai, namun ditakdirkan berjumpa dengan seorang dalam tempoh singkat, ada rupa, ada ilmu agama, ada kerjaya hebat.

“Pendek kata ada semua ciri yang saya idamkan dan ciri-ciri yang saya pohon dariNYA. Dalam masa sama dirasakan boleh bercinta selepas kawin dan sesudah istiqarah. Dengan ibu bapa yang tak banyak membantah, dalam tempoh kenal sebulan terus tunang, dan selepas 2 bulan terus bernikah.

“Seminggu kahwin, sudah kuar detik duka, rupanya isteriku (A) antara wanita hot di Uni, A mengungkit soal kecewa dia dengan semua ex BF, perkara tetap berulang. Setahun pertama PJJ jadi jumpa hari sabtu dan ahad saja. Masalah terus melanda. A minta cerai boleh kata setiap masa pada masa itu aku fikir mungkin inilah orang kata gaduh suami isteri, saya terima seadanya. Jika ditegur akan dijawab dengan hadis dan dalil. Pernah nasihat A syurga Isteri dibawah tapak kaki suami, tapi dibalas A bahawa itu bukan hadis soheh, saya yang bukan jurusan agama terus diam saja.

“Alhamdulillah A hamil selepas 7 bulan kahwin. Seronok sangat dan saya pilih untuk transfer ke cawangan dekat dengan A walaupun jarak dekat itu 250km pergi balik setiap hari. Harapan selepas ada baby keluargaku akan bahagia dan A boleh lupakan semua Ex dia dan laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“ A kerap kata tak nak anak macam muka saya sebab saya hitam, dan pernah saya terbaca whatapps dia dengan kakak dia bicarakan soal itu. Hati saya sedih tapi Allah saja tahu perasaan masa itu. Excited nak dapat anak saya belanja sakan untuk pastikan anak sulung saya serba mencukupi semua rezeki dariNYA.

“Dengan anak seorang pun A masih tidak berubah. Bila disuruh masak dan urus rumah, di tazkirah yang itu bukan tanggungjawab isteri, isteri cuma layan suami dan suami kena sediakan semua.

“Dalam tempoh itu saya terus berulang 250km setiap hari dan pastikan balik rumah demi isteri dan anakku. Walaupun penat di rumah saya uruskan semua, sebab dah biasa diajar keluarga untuk urus rumah jadi tak kekok, A tetap sama.

“Selepas 3 tahun kahwin, semua nampak tidak berubah. Tanggungjawab semakin banyak, rumah dan kerja. Alhamdullillah gaji saya lagi tinggi dari A jadi boleh lah saya urus semua, rumah, bil, yuran anak, makan, barang dapur, bercuti, baju A setiap bulan, minyak kereta A, bagi duit belanja bulan-bulan pada A, semua belanja anak saya tanggung. A pula hormat pada suami dah makin kurang.

“Balik rumah kalau ada kes kaunseling rumahtangga di pejabat dia akan ugut dan takutkan saya. “Kalau abang kahwin lain jugak cerai kan saya” luluh hati saya sebab isteri tak percaya pada kejujuran saya. Malah samakan saya dengan lelaki lain padahal saya dah buat macam-macam untuk selamatkan keluarga.

“A kerap jugak kata nak beli tanah, rumah in case dia kena cerai. Pada ketika itu Allah saja tahu betapa luluh hati saya sebab saya tak pernah fikir soal cerai walau dia kerap sangat dah minta cerai.

“Benda berterusan, dan banyak kejadian yang mula menampakkan wajah dia sebenar, fitnah, batu api atas penceraian orang lain, psiko, dan kadang-kadang saya terpaksa bawa anak duduk dalam bilik bila dia mengamuk kat luar dengan ugut pisau bunuh diri.

“Sampai satu tahap saya dah tak mampu nak fikir apa lagi yang saya tak buat untuk famili ini, orang cakap perempuan yang selalu berkorban untuk famili, tapi bagi saya, dah semua benda saya buat. Masa tempoh menyusu saya sanggup ambil cuti ikut dia pergi kursus, siapkan dan urus semua hal rumah selengkapnya. Saya pergi kerja selepas urus anak dan pastikan A pergi kerja dulu sebab dia nak masuk tepat pukul 8, dan sebab itu saya selalu sampai lewat pukul 9 pagi keatas.

“Jodoh tidak panjang, akhirnya masanya sampai. Saya dengan waras dan selepas bacaan 3 Qul saya melepaskan dia. 3 bulan iddah macam-macam drama dan sandiwara lepas habis iddah lagi jelas wajah sebenar dia. Report polis, fitnah saya ada janda, fitnah saya kaki pukul dan panas baran, biasalah bila cerai orang akan kesian kat wanita.

“Tapi masa itu Allah saja tahu tapi saya cekal dengan banyakkan kerja kat pejabat. Pendaftaran cerai, Hadhanah (saya bagi dia anak dan saya dapat hak bermalam 4 hari sebulan), Nafkah saya offer dan failkan sebab itu hak anak saya. Namun A tetap tak puas hati, fitnah berleluasa dan umi saya terkena tempias fitnah. Genap 3 tahun dia masih tak boleh bertolak ansur soal saya nak ambil anak semasa cuti, hasut anak dengan pemikiran negatif.

“Muhasabah selepas apa berlaku saya sedar silap saya gopoh dalam membuat keputusan. 3 tahun perkahwinan, penat, dan Allah tarik balik nikmat keluarga tapi Allah bagi nikmat kerja. Alhamdulillah recognation dan award diterima. Dalam masa saya dengan kegagalan perkahwinan pertama mengajar saya untuk bijak memilih, bukan rupa, bukan ijazah @ master, bukan latar belakang agama, kerjaya seseorang tapi budi bahasa dan penghayatan pada ajaran agama yang penting. Sehingga hari ini kes mahkamah terus berjalan tiada tolak ansur dan penuh ego.

“Sebelum ini saya minta padaNYA yang cantik, pandai, ada ilmu agama, berkerjaya tinggi dan Allah tunaikan tapi ia bukan yang terbaik untuk saya. Sekarang saya minta yang TERBAIK untuk saya dariNYA, dan Allah hadirkan seseorang yang terbaik dan sempurna dihati dan dimata saya.

“Alhamdulillah dalam masa sama saya tidak lupakan tanggungjawab sebagai abah pada seorang anak perempuan saya, tunaikan nafkah dan tetap ambik mengikut hak masa saya yang diberikan oleh mahkamah. Semoga Allah sentiasa melapangkan masa saya bila tiba jadual saya bersama anak saya,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *