Semua Pihak Perlu Bersikap Lebih Peka Dengan Tingkah Laku Orang Muda – Raja Zarith Sofiah

SKUDAI – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyeru semua pihak supaya bersikap lebih peka terhadap tingkah laku golongan muda tanpa mengira latarbelakang belakang agama dan bangsa.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah, golongan muda merupakan pewaris bangsa yang perlu dibimbing ke arah kebaikan dan tragedi lapan remaja berbasikal maut dirempuh kereta tidak seharusnya berlaku.

“Saya dan Sultan Johor amat berasa dukacita atas berita sedih yang tidak sepatutnya berlaku di negara kita, saya menyeru semua pihak mengambil berat perilaku anak-anak muda tidak kira bangsa dan agama kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama.

“Tegurlah mereka jika ada silap dan salah bimbinglah mereka ke arah kebaikan. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Upacara Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-58 UTM di Dewan Sultan Iskandar di sini, pagi ini.

Selain itu, baginda turut menyeru golongan muda agar mengisi masa dengan aktiviti berfaedah dan tidak melakukan kerja-kerja yang boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *