Sepotong Ayat Quran Dan Mesej Luahan Hati Dari Wissam Al-Manna Untuk Janet Jackson

Bekas suami Janet Jackson, Wissam Al Mana, punya cara sendiri untuk menerima hakikat bahwa rumah tangga yang dibina selama lima tahun bersama bintang Pop itu sudah berakhir.

Terbaharu, jutawan Qatar berusia 42 tahun itu mencuri perhatian ramai selepas beliau memuat naik potongan ayat Al-Quran di akaun laman sosial miliknya.

Potongan ayat Al-Quran tersebut merupakan petikan surat Ali ‘Imran ayat 186 yang ditulis dalam bahasa Inggris. Ayat tersebut membawa erti tentang ujian yang akan datang pada setiap manusia.

“Kamu benar-benar akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu benar-benar akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati.

“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan,” demikian tafsiran ayat-ayat tersebut.

Ayat tersebut dipercayai ditujukan kepada Janet. Terdahulu, media melaporkan Janet dan Wissam untuk berpisah selepas tiga bulan dikurniakan cahaya mata pertama, diberi nama Eissa Al Mana.

Selain itu, Wissam juga memuat naik mesej mengenai luahan yang cukup menyentuh hati. Berserta potret Janet berwarna hitam putih, Wissam menulis kapsyen,

(“To the most beautiful person in the world, thank you for your divine love, your eternal support and for being my best friend. I love you so much, inshallah we will be together in the Great Forever x (sic)”)

“Kepada wanita yang orang paling cantik di dunia, terima kasih atas cintamu, sokonganmu dan menjadi kawan baik saya. Saya sangat sangat sayangkan awak, inshallah kita akan bersama-sama dalam “Great Forever” x (sic) “

Menurut sumber, mereka berpisah kerana perbezaan budaya. Janet dikatakan tertekan dengan kehidupan dan budaya Timur Tengah yang terpaksa dilaluinya sejak berkahwin dengan Wissam.

“Wissam ingin Janet menjalani budaya Timur Tengah. Bahkan sebelum anak mereka lahir, Janet dan Wissam sering kali bertengkar. Janet berasa dia tidak lagi menjadi diri sendiri. Janet ingin lebih kebebasan,” ujar sumber.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Janet mahupun Wissam masih belum menggeluarkan sebarang kenyataan rasmi menegnai perpisahan mereka. – kg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *