Serangan terhadap Militan Daesh di sempadan Iraq korbankan 8 orang awam.

BEIRUT: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam serangan udara di bandar timur Syria dekat sempadan Iraq, kata seorang aktivis pembangkang Syria, hari ini.

Omar Abu Laila yang berasal dari wilayah itu dan kini menetap di Eropah berkata, lapan individu termasuk empat sekeluarga rakyat Iraq terbunuh.

Katanya, serangan di Boukamal itu berlaku lewat petang semalam dan ia kemungkinan besar dilakukan tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan militan Daesh di Syria dan Iraq.

Serangan yang diketuai AS sudah membunuh berpuluh orang awam sejak beberapa minggu lalu ketika pertempuran dengan kumpulan pelampau ditingkatkan.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain turut melaporkan serangan udara itu mengorbankan 13 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain tiga anggota Daesh. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *