Suami Janet Jackson utus surat cinta buat isterinya.

LOS ANGELES: Suami Janet Jackson, Wissam Al Mana menulis surat yang cukup menyentuh hati kepada penyanyi pop tersohor itu di laman web beliau, ketika berita perpisahan pasangan itu hangat diperkatakan media.

Pasangan itu baru-baru ini menimang cahaya mata lelaki, Eissa Al Mana.

Wakil Jackson tidak mengesahkan sama ada mereka sudah berpisah, tetapi mesej di laman web bersebelahan gambar Jackson itu menzahirkan rasa cinta Al Mana terhadap beliau, menggelarnya insan paling mempesonakan di dunia.

Di akhir mesej itu tertulis: “Kami akan abadi bersama selama-lamanya.”

Penyanyi itu berkongsi gambar anaknya buat kali pertama Jumaat lalu dalam satu siaran media sosial.

AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *