Surat Terbuka Panjang Lebar Yana Samsuddin Untuk Artis Baru

Menerusi akaun Facebook pelakon Yana Samsudin, pelakon popular ini ada menulis kenyataan panjang mengenai pendatang baru di arena seni hiburan. Menurutnya, tidak mudah untuk bergelar sebagai seorang artis kerana memerlukan usaha yang gigih.

Berikut surat terbuka panjang lebar yang ditulis oleh Yana.

“Bakat Baru (Yang berkenaan). Nak jadi seorang artis senang. Tapi untuk jadi seorang artis yang berdisiplin sangat susah.

“Artis hanyalah “title” tetapi berlakon atau pengacara atau apa sahaja yang memerlukan modal tenaga dan muka kita adalah “kerja”.

“Kerja juga perlukan modal. Orang nak kerja office perlu hantar resume. Lepas tu interview dan seterusnya bila di terima kena ada komitmen yang tinggi baru di bayar gaji.

“Sama juga dengan artis. Membuat PR, datang ke event event adalah modal awal. Untuk perkenalkan diri. Bila ada job datang tak kira kecik atau pun besar kena buat juga,” tulisnya.

Jelas Yana lagi, tugas perlu diselesaikan melainkan ada urusan penting yang tak dapat dielakkan baru boleh cuti.

“Takkan awak dah kerja office bila ada tugas kena selesaikan awak boleh bagitau “saya nak cuti boss nak holiday”. Tugas perlu diselesaikan.

“Melain kan cuti yang memang dah dipohon dan emergency ada kematian. Bercuti juga perlukan duit untuk belanja. Kalau kewangan dah kukuh lain lah cerita. Atau ada orang sponsor.

“Tapi bagaimana pulak bila tarikh yang sama sepatutnya ada job awak boleh tolak untuk bercuti? Tak ke rugi?

“Bercuti 5 tahun lagi pun boleh. Tak hilang dalam peta lah negara tu. Silap silap 5 tahun lagi awak boleh bercuti berbulan bulan lamanya bila dah betul betul stabil dari segi kewangan dan penjenamaan.

“Berbeza dengan kerja office dan free lance. Kerja office kita boleh tahu bulan depan confirm ada gaji. Tapi freelance? Kena faham lebih lah. Sekarang ni , awak freelance atau fulltime? Tanya diri sendiri.

“Saya dulu selama 7 tahun tak pernah ambik cuti. Pernah banyak kali cuti raya 2 hari aja. Walaupun kawan baik kahwin. Bila ada kerja saya tak lari. Sebab saya tahu bila saya susah takda duit saya malu nak pinjam duit kat kawan baik saya. Nak tunggu dia bagi duit? Memang lagilah takda. Pinjam kena pulang juga. (Ini contoh)

“So, saya yang tak berapa pandai berlakon dan mengacara ni pun takut nak minta cuti takut next month takda job (gaji).

“Setiap event saya turun untuk mengukuhkan branding saya dan penuhkan aktiviti saya dengan dunia seni supaya saya betul betul dapat resipi apa yang sebenarnya dunia seni perlukan.

“Kalau saya takda job bulan tu pun saya turun padang ke mana mana set orang atau studio post production untuk belajar lebih lagi supaya saya tahu itu ilmu dan modal yang saya akan perolehi dan saya akan guna di masa akan datang.

“Bila takda job berlakon, saya mengacara, takda job mengacara, saya mengedit. Tapi pun kalau bakat hebat melangit pun tak guna jika ilmu pengurusan wang tak ada. Tiada persiapan diri jangan katalah “nak hidup berdikari”.

“Nasihat saya, pergilah muhasabah diri balik tanya pada orang yang betul apa yang awak dah buat silap dan tak buat lagi untuk perbaiki diri majukan diri.

“Ingat: Kalau bagus orang tak putus ambik kita. Mohon bila sudah di brainstorming ikutlah jalan itu supaya tidak sesat dan syok sendiri lagi.

“Kalau saya takda job bulan tu saya tak pernah salah kan pihak pengurusan saya selama ini. Saya salahkan diri sendiri sebab saya kurang buat publisiti dan lakonan saya kurang bagus.

“Sekian dari orang yang berpengalaman lebih 14 tahun dalam

Industri ini. YS Cc Fadzil Zahari Zetty Nordin,”

menurut kenyataan Yana di Facebook. -mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *