Syed Saddiq Tuduh Kementerian Ugut Keluarga Cikgu Kamarulzaman

20/04/2017 – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak keterlaluan dan biadap apabila menuduh Kementerian Pelajaran yang menggugut Kamarulzaman Habibur Rahman agar meninggalkan parti.

Kamarulzaman yang merupakan pengasas PPBM dan juga pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengumumkan keluar parti semalam. Beliau juga merupakan seorang cikgu.

Syed Saddiq tergamak memfitnah dan mengaitkan tindakan keluar parti tersebut kononnya berpunca daripada ugutan yang dilakukan oleh pihak Kementerian. Sejak bila pulak pihak Kementerian ugut Kamarulzaman?

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq yang juga merupakan salah seorang pengasas PPBM berkata bukan sahaja Kamarulzaman, malah isteri beliau juga turut diugut oleh Kementerian. Apa bukti Syed Saddiq terhadap dakwaan dan kenyataannya ini? Atau ianya sekadar fitnah dan cubaan untuk memburukkan Kementerian?

“Saya tahu sebelum ini cikgu telah pun diugut oleh pihak Kementerian, malah isteri Cikgu juga telah diugut” ujar Syed Saddiq.

Mungkin simptom dungu telah menjangkiti kepada otak Syed Saddiq, secara terang-terangan Kamarulzaman sendiri telah mendedahkan punca sebenar kenapa beliau memilih untuk meninggalkan parti dan melepaskan kesemua jawatan yang disandangnya dalam PPBM.

Segala keputusan yang diambil langsung tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang kaitan dengan pihak Kementerian. Sebab utama Kamarulzaman meninggalkan PPBM adalah kerana sudah tidak yakin dengan hala tuju dan agenda parti bunga tersebut.

Selain itu, Kamarulzaman turut mendedahkan bahawa pemimpin atasan PPBM langsung tidak mendengar dan mengabaikan pandangan serta cadangan yang dikemukakan orang bawahan. Mereka juga tidak diberi perhatian dan dianaktirikan.

Pengunduran yang dilakukan oleh Kamarulzaman tidak dipengaruhi atau diugut oleh pihak Kementerian seperti yang didakwa Syed Saddiq. Tuduhan liar yang dilakukan kaki clubbing tersebut dilihat hanya bertujuan bagi mengeruhkan keadaan dan membatu apikan rakyat. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *