Tak Semua Pelajar Masuk Form 6 Sebab Tak Pandai!!

Oleh Serigaring Lim

Ramai yang cakap student Form 6 (F6) ini masuk F6 sebab tak pandai, tak dapat tawaran U selepas SPM, sebab itu meringkuk di F6. Tetapi sebenarnya mereka tidak tahu, bukan semua yang masuk F6 itu sebab tak pandai atau tak dapat tawaran U.

Jadi usahlah sewenang-wenangnya melabelkan mereka tidak pandai. Kalau betul masuk U itu budak-budak pandai sahaja, tak adalah kes repeat exam banyak kali kan? Tak yang terpaksa tangguh konvokesyen mereka, kan? Mesti sekali exam saja sudah dapat 4.00.

Aku walaupun bukan student F6, tetapi aku tahu macam mana susahnya budak STPM nak skor 3.00 dan ke atas. Apatah lagi yang dapat 4.00 itu, memang kepala otak genius.

Kalau kau yang belajar di U, matrik, asasi, politeknik, kolej komuniti dan seangkatan dengannya boleh dapat 3.00 ke atas dengan usaha kau sendiri, student F6 kena usaha dua kali ganda dari usaha kau itu.

Kau tahu kenapa? Sebab mereka tak ada test macam kita ini. Mereka tak ada backup klu3 bagai itu. Satu lagi, exam paper mereka lain cikgu yang ajar, lain cikgu yang bagi markah. Kalau kena pemeriksa yang killer, meringkuklah mereka jawabnya.

Berbanding kita yang diajar lecturer, lecturer itu jugalah yang menjadi pemeriksa. Jadi korang boleh nampaklah kan betapa susahnya menjadi student F6 ini.

Tepuk dada cakap pada diri, jangan pandang budak F6 ini sebelah mata. – tr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *