Terjebak MLM Kerana Ditipu Rakan Sekerja

20/04/2017 – Sindiket multi-layer marketing (MLM) mula aktif di universiti awam dengan menyasarkan pelajar-pelajar kemasukan baharu sebagai mangsa. Terkini, MLM berkiat aktif mencari mangsa yang sudah bekerja.

Skim MLM memanipulasi rakan sekerja dengan menipu rakan-rakan di tempat kerja tetapi perkara ini merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan. Mengambil kesempatan atas kebaikan rakan dan memaksa rakan untuk memasuki skim MLM itu.

Itulah yang berlaku pada wanita ini apabila hampir terjebak dengan skim MLM kerana ditipu rakan sekerja. Pada mulanya mengajak untuk pergi program keusahawan tetapi telah ditipu dengan membawanya ke program MLM. Elakkan diri dari jadi mangsa tipu dari orang yang suka berjanji manis.

“Aku mimi, umur 25 tahun aku nak cerita pengalaman aku terperangkap dalam event MLM. 4 tahun lepas, masa itu aku baru grade diploma, aku cuti 6 bulan sebelum tunggu result panggilan untuk degree. Sebulan duduk rumah mengganggur memang bosan. Memandangkan di kampung susah cari kerja sambilan. Aku pun ambil keputusan nak hijrah ke putrajaya untuk kerja sambilan sementara tunggu result.”

“Di putrajaya aku tinggal di rumah abang aku, kebetulan dia beli rumah di putrajaya tapi dia dengan isteri dia kerja oversea. Jadi aku duduk seorang di rumah itu. Esoknya aku cari kerja dengan kakak aku, dan rezeki murah aku dapat kerja kerani kontrak dengan gaji RM1000 kat syarikat swasta. Tapi aku kene transfer ke syarikat kerajaan sebab syarikat aku ada buat projek dengan Kerajaan.”

“Sebagai syarat kene letak seorang kerani di pejabat kerajaan. Lebih kurang macam itu lah. Gaji RM1000 pun tak apa sebab pertama kali kerja cari pengalaman, pergi kerja pun naik bas. Tambang pergi dan balik baru RM1, nak jimat.”

“Dipendekken cerita rakan pejabat aku ini kebanyakkan dah kahwin dan rumah dekat-dekat saja dengan pejabat. Jadi aku memang tak ada kawan nak lunch atau nak solat sebab waktu rehat mereka balik rumah. Kadang-kadang aku tahan lapar tak makan sebab tak ada kawan. Sebulan kerja aku perasan ada seorang kakak ini, dia cantik dan nampak islamik.”

“Dia selalu seorang di surau. Surau pejabat ini selalu ada ceramah agama sebelum zohor. Aku selalu pergi dan terserempak dengan kakak itu. Satu hari aku tegur kakak itu, aku cakap nak jadi kawan kakak itu sebab aku tak ada kawan. Kakak itu nama dia Leha (bukan nama sebenar) asal Kelantan, umur 28 tahun dan masih bujang. Sejak itu hari-hari aku seronok pergi kerja sebab ada kawan, kak leha ini baik dan peramah.”

“Satu hari kak leha ajak aku keluar ke KL hari ahad, dia kata teman dia pergi program keusahawanan under SPA. Sebab kakak ini kerja di SPA. Sabtu ahad aku memang tak pernah ada aktiviti. Aku pun setujulah nak ikut, mana tahu habis program boleh jalan-jalan di KL. Ahad itu kol 7.30 pagi aku dah sampai depan UKM. Sampai kat cafe UKM, aku tengok ramai orang, lepas itu semua memang bergaya habis. Handbag prada, Gucci dan macam-macam jenama.”

“Yang lagi hairan mereka ini semua peramah gila. Masa aku tengah breakfast itu, ada orang tanya kak leha, “budak baru ke?”. Aku rasa tak sedap hati saja, sejam dalam cafe itu aku dah syak ini macam MLM saja. Lepas itu ada seorang mamat ala-ala azwan ali buat pengumuman suruh bayar duit yuran program. Kak leha ini mintak aku RM150. Dia cakap nak masuk dewan kena bayar RM150. Aku ada RM60 saja masa itu, lepas itu kak leha cakap “takpe esok mimi bayar lagi seratus kat akak. Masa itu aku bayar RM50 dalam hati ini macam nak sumpah seranah saja.”

“Program dalam dewan besar, aku memang dah rasa tak senang duduk. Dah lah telefon kena matikan. Program mula pukul 10. Aku lupa apa nama company MLM itu yang aku ingat diaorang jual perfume, losyen dengan krim muka. Lepas tu masuklah 4 orang yang digelar LEADER dengan diiringi lagu button by pussycat dolls. Semua satu dewan menari-nari sambut 4 orang leader itu. Kak leha yang aku tengok macam islamik itu pun menari siap suruh aku goyang sikit.”

“Pukul 10 malam baru majlis habis dan bila on phone ade 30 missed call. Mak dan adik beradik aku fikir aku kena culik dengan kak leha. Esoknya datang kerja aku jumpa kak leha di surau sebab nak bayar RM100. Lepas itu memang aku jauhkan diri dari kak leha sampai aku resign sebab sambung degree. Rasa macam kena aniaya. Tak pasal-pasal RM150 terbang macam itu saja, dah lah gaji seribu saja. Aku tak benci MLM, tapi cara dia salah menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *