Tiga Penjelajah KE7B Malaysia semakin hampiri garisan penamat.

Longyearbyen (Norway): Penjelajahan tiga anak muda Malaysia dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) kini dilaporkan hanya berbaki 3 kilometer sahaja sebelum sampai ke titik pusat kutub utara.

Menurut makluman dari laman Facebook Penasihat KE7B yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, ketiga-tiga penjelajah negara tersebut kini berusaha keras untuk sampai ke destinasi secepat mungkin.

Kini diberitakan mereka sedang menghadapi cabaran terakhir iaitu penghasilan jalur ais kesan daripada ais yang pecah. Rekahan yang terhasil itu bagaimanapun sedang cuba diseberangi oleh team penjelajah Malaysia.

Menurut Datuk Akmar menerusi laman facebooknya, kumpulan KE7B terbabit dijangka sampai ke destinasi dalam tempoh 2 atau 3 jam lagi. Cuaca yang baik juga telah banyak membantu kejayaan kumpulan berkenaan.

Diharapkan perjalanan ketiga-tiga anak muda tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan untuk menjayakan Misi eksplorasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *