Tipu Helah Penjual Produk Kecantikan

20/04/2017 – Baru-baru ini pihak KKM telah mengeluarkan beberapa senarai yang menunjukkan beberapa nama produk kecantikan yang terkenal telah didapati mengandungi bahan berbahaya pada kulit. Disebabkan itu ramai pengguna produk kecantikan terutamanya wanita kini dilihat lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.

Menerusi IIUM seorang wanita yang dikenali sebagai Ariana telah mendedahkan taktik atau tipu helah yang digunakan oleh penjual produk kecantikan untuk menipu pelanggan.

Pelanggan mudah tertipu apabila penjual menyatakan boleh melihat kesan seawal seminggu atau dua minggu. Manusia masing-masing berlumba-lumba untuk cantik dan seperti tidak kisah terdapat bahan berbahaya dalam produk yang mereka gunakan.

“Aku Ariana (bukan nama sebenar) berusia 27 tahun dan sudah berkahwin ada 2 orang anak. Aku nak share sikit pengalaman aku buat business online jual produk kecantikan. Kiranya aku nak bongkar rahsia penjual-penjual produk kecantikan online lah ni.”

“1 tahun lepas aku pernah sertai business kawan satu sekolah jual produk kecantikan secara online. Aku bukanlah nak memburukkan peniaga online, cumanya aku tak setuju dengan cara peniaga online ni menipu pengguna dengan cara halus menggunakan helah dan janji bermanis mulut dan cakap putar belit untuk meyakinkan orang ramai yang produk mereka berkesan dan sangat bagus. Selalunya peniaga-peniaga online yang buat kerja-kerja ini digelar agent, dropship atau stokis.”

“Apa yang aku tahu cara dorang macam memaksa, ada jugak yang manis mulut supaya orang betul-betul percaya dan jatuh hati sampai beli tapi realitinya produk itu tak sehebat seperti yang penjual itu gambarkan. Bermulut manis sembang kencang kalau pakai produk itu 1 minggu dah nampak kesan, jerawat tak tumbuh dah, kulit flawless, glowing nampak awet muda suami puji. Macam-macam lah.”

“Sampai lah pengguna-pengguna yang suruh PM itu rasa bersalah kalau tak beli. Sebenarnya kalau dikaji selidik betul-betul, contohnya buat ujian makmal guna tikus putih, produk itu takde pun bagi kesan yang sangat bagus seperti yang digembar-gemburkan, kalau ada kesan pun hanya sedikit dan mungkin pengguna itu bernasib baik sebab produk itu sesuai dengan dorang. Tapi tak semestinya sesuai pada semua orang.”

“Aku pernah jumpa sorang pembeli ini muka kusam, berjerawat teringin nak kulit cantik, beli sampai 5 kali repeat order tapi kulit masih sama. Pembeli itu rakyat marhaen yang duduk di kampung pulak itu, harga produk pulak bukannya murah-murah. Akhirnya penjual tak bagi ganti rugi atau pulangan wang tunai pun, cuma bagi alasan setiap individu tindak balas tak sama, ikut hormon, lepas itu boleh pulak salahkan pengguna sebab cara guna produk tak betul, dan ada pulak itu sarankan selain pakai produk luaran kena pakai jugak produk makan supaya rawat luar dalam. Promote pulak produk lain keluaran syarikat dorang.”

“Penjual online akan cakap apa saja untuk buat orang percaya dan beli. Kalau pengguna komplen harga mahal macam-macam alasan bagi, bahan-bahan semula jadi, ada lulusan KKM, boleh merawat semua masalah kulit, dan kalau beli di butik lagi mahal. Peniaga online mesti fikir nak lariskan jualan dorang lepas itu fikir nak kaya saja, tak fikir pengguna yang menanggung semua akibat kalau produk itu tak menjadi pada kulit mereka. Kalau tak menjadi pengguna jugak yang rugi, dah lah beli produk mahal-mahal muka pulak rosak.”

“Lagi satu helah peniaga online ni, kalau sekali beli tak nampak kesan, penjual suruh pembeli repeat order pakai sampai dua tiga bulan, jadi maknanya pengguna kene beli banyak kali la kan, jadi siapa yg untung? Kalau ada kesan sampingan pulak, tumbuh jerawat lagi teruk, kulit menggelupas, naik ruam-ruam merah akan diberi alasan healing proses. Kalau pengguna itu tak berapa bijak atau malas membaca memang senang la kene tipu. Padahal healing proses memang tak wujud. Itu helah penjual je nak lariskan jualan mereka.”

“Aku berhenti jual produk online ini pun sebab aku rasa bersalah dan tak sedap hati hari-hari terfikir menipu orang sebab satu sahaja tujuan, nak duit. Fikir lah duit itu kita makan, bagi anak makan, bagi mak ayah dikampung, kita tak tahu duit itu halal atau tidak. Kita makan dari duit itu jadi darah daging. Tapi kalau ragu-ragu baik kita tinggalkan sebab itu dah jadi perkara syubhah. Kat dunia memang kita kaya raya tapi kat akhirat nanti kita teruk menanggung.”

“Kepada pengguna kat luar tu, jangan la naif sangat sampai terpedaya dengan helah dan mulut manis penjual. Itu semua adalah teknik saja nak ambik duit korang dan nak jadi jutawan kosmetik. Penjual itu dalam hati gelak saja sambil bermonolog sendiri “aku dah berjaya tipu orang ni sampai nak beli”. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *