Ukraine rancang untuk bangunkan semula bandar ‘berhantu’ Chernobyl

UKRAINE merancang untuk membangunkan Chernobyl sebagai loji tenaga solar pada masa akan datang selepas bandar berkenaan ditinggalkan selama 31 tahun akibat bencana loji nuklear.

Ketua Agensi Pengurusan Zon Pengecualian Chernobyl, Vitaliy Petruk, rancangan itu dibuat selepas kerajaan bercadang untuk menggunakan semula kawasan berkenaan daripada ditinggalkan tidak berpenghuni.

Bandar Chernobyl merupakan bandar merupakan salah satu bandar di dalam wilayah Pripyat yang berada di dalam wilayah Ukraine SSR sewaktu itu.

Bandar ini dikenali sebagai bandar perindustrian tenaga kerana kewujudan sebuah reaktor nuklear di tengah-tengah bandar tersebut. Malah kebanyakan penduduk bandar adalah pekerja di reaktor tenaga nuklear Chernobyl.

Pada 26 April 1986, akibat dari sedikit kegagalan fungsi alatan dalam reaktor telah menyebabkan kebocoran uranium dan radiasi telah berlaku.

Kebocoran tersebut telah menyebabkan tekanan teras nuklear reaktor tersebut menjadi tidak stabil dan akhirnya berlakulah letupan yang amat dasyhat dan sinaran radiasi telah tersebar meliputi 100 000 km persegi kawasan di sekitar belarus, ukrain dan juga Rusia.

Menurut Greenpeace, dianggarkan hampir 200 000 penduduk terkorban sama ada akibat letupan, kebakaran ataupun penyakit kesan dari pendedahan akibat radiasi.

Malah binatang turut menjadi korban dan beberapa bukti telah wujud iaitu kelahiran anak lembu yang tidak cukup sifat akibat dari mutasi genetik yang berlaku akibat radiasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *