Wan Azizah dikecam selepas beri sokongan pada Diktator Turki

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikritik berhubung ucapan tahniahnya kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memenangi referendum yang membolehkan beliau mendapat lebih banyak kuasa eksekutif.

Peguam hak asasi manusia, aktivis dan penyokong sama-sama mengkritik ketua pembangkang itu, sambil menambah bahawa Dr Wan Azizah sepatutnya lebih tahu daripada menyokong Erdogan yang digambarkan sebagai ‘diktator’.

Pada Selasa, Dr Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada rakyat Turki di atas referendum perlembagaan negara itu pada Ahad lalu.

Umum mengetahui suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya mempunyai hubungan rapat dengan Erdogan.

“Turki terus menjadi contoh kepada negara-negara membangun dengan amalan demokrasi, pertumbuhan ekonomi dan kehidupan rakyat lebih baik yang konsisten,” katanya dalam satu kenyataan.

Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen menerusi kenyataannya di Twitter berkata, “adalah tidak perlu” untuk membuat kenyataan seperti itu.

“Turki di bawah Endorgan sukar digambarkan sebagai ‘demokratik’.

“Berapa ramai wartawan, kartunis, ahli akademik, penulis, hakim, ahli politik yang di dalam tahanan bermotifkan politik di Turki sekarang?,” katanya.

Penulis dan pelatih penulisan kreatif, Sharon Bakar menyifatkan kenyataan Dr Wan Azizah sebagai “tidak bijak sama sekali”.

“Saya menganggap anda di tahap lebih tinggi dari yang ini kerana saya ingatkan anda menghormati proses demokrasi,” katanya memberi komen di bawah kenyataan yang dimuatnaik di Facebook presiden PKR itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *