Wanita Alami Detik Cemas Hampir Dirogol Warga Asing

20/04/2017 – Golongan wanita paling ramai terdedah kepada bahaya yang melibatkan jenayah seksual. Ini termasuklah, gangguan seksual, rogol, perhambaan pelacuran, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Paling ketara ialah jenayah yang melibatkan rogol di kalangan wanita.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Dinah bukan nama sebenar telah berkongsi detik cemas dialaminya yang hampir menjadi mangsa rogol warga asing. Semoga wanita-wanita di luar sana mengambil langkah berhati-hati selepas ini. Membawa alat-alat keselamatan dan ditemani orang yang dikenali.

“Nama aku Dinah (bukan nama sebenar) kisah ini terjadi pada aku 4 tahun yang lalu. Masa itu aku baru saja grad dan dapat kerja di syarikat utara tanah air. Di pejabat aku ini, aku paling muda. Tapi, aku rasa macam aku ini dah tua sebab aku ini pakaian tak hebat macam kakak-kakak pejabat aku.”

“Kakak pejabat aku ini semua dah kahwin. Hidup pun stabil, berbanding aku ini yang masa itu gaji aku pun cukup makan saja. Tolak sewa rumah dan duit kerete berapa saja yang tinggal. Jadi aku pun tak nak berhabis dekat baju pejabat atau tudung bagai. Masa ini tengah popular tudung awning ariani. Sementara aku ini masih bertudung bawal yang ada manik.”

“Jadi, kakak pejabat aku ini selalu mengata aku depan-depan, suruh berfesyen dan sebagainya. Lama-lama aku jadi sedih jugak apa yang aku pakai ini tak okay ke. Padahal jawatan aku masa ini lagi tinggi dari kakak-kakak pejabat aku itu.”

“Nak dijadikan cerita, aku selalu pergi satu mall ini masa waktu kerja sebab mall ini ada majlis perbandaran dalam itu. Kerja aku memang selalu kena buat follow up dengan orang majlis ini. Kalau weekdays, memang penuh dengan manusia mall ini. Aku ada nampak kiosk tudung tepi escalator ini. Tapi aku buat tak tahu saja sebab aku cakap dalam hati yang nanti weekend aku akan datang sini untuk shopping.”

“Mall ini parking dia menakutkan jugak jadi demi keselamatan aku, aku parking berbayar di tanah kosong dekat dengan mall ini. Biar kena bayar sebab boleh claim dekat bos. Biar kena jalan jauh sikit asalkan aku selamat. Jadi ada satu minggu itu aku keluar pergi mall yang aku selalu pergi ini. Seorang diri sebab itu saja jalan yang aku tahu nak drive.”

“Macam biasa, aku parking kat tempat favourite aku. Aku pun jalan nak masuk mall ini. Sempat aku tengok ada dua orang polis peronda di situ. Aku pun naik escalator nak masuk mall ini. Dah sampai tingkat yang aku naik itu, ada kedai buku Popular sebelah kiri. Masa ini, ada ramai mamat bangla di tepi kedai Popular. Tapi masa aku jalan aku perhati ada seorang tengah tengok aku dan aku tertengok dia.”

“Wajah itu memang aku tak kan lupa. Mata dia agak merah mabuk mungkin. Aku terus masuk Popular. Masa dalam Popular, aku belek-belek novel. Tapi aku tiba-tiba tak sedap hati, aku rasa macam ada orang tengah tengok aku. Rupenya mamat bangla yang tadi dia ada dalam Popular juga. Aku kat hujung rak sini, dia kat hujung sana.”

“Aku masih kawal panik aku jadi aku cuba test, kali ini aku gerak ke rak ke dua, sama jugak dia ikut aku. Aku pergi rak buku cina, dia pergi juga. Sebijik dalam movie atau drama penjahat tengah stalker mangsa. Aku cepat-cepat keluar dari popular dan masa itu bodohnya aku aku pergi naik escalator untuk ke tingkat atas lagi. Dan masa itu aku panik kali kedua sebab tingkat itu selalunya weekdays ramai orang tapi kali ini kosong dan lengang. Aku toleh belakang mamat bangla ini memang laju ikut aku.”

“Memang aku dapat rasa dia ni perogol. Aku curi-curi pandang mamat itu dia masih tengok aku. Malah dia makin dekat dengan aku, tengok aku macam nak makan. Aku keluarkan telefon, nak call orang tapi time ini line Maxis tak ada line.”

“Waktu itu ada sekumpulan manusia aku tak pasti siapa. Yang aku pasti diorang ini anak beranak dan keluarga yang besar. Aku terus menyelit masuk dalam keluarga itu. Aku terus redah saja dan aku berjaya sampai kat escalator nak turun tadi dan aku ambil dua step terus untuk cepat sampai floor yang ada Popular tadi.”

“Sempat aku toleh belakang mamat bangla ini boleh dikatakan sangat dekat dengan aku. Aku hanya sebut Allah, Allah, Allah saja dalam hati banyak kali dan aku lari terus sampai ke escalator dan terus turun bawah aku tengok abang polis tadi dah tak ada.”

“Waktu ini aku lemah lutut dan ternampak ada sorang pak cik dia tengah keluarkan barang dalam van. Aku rasa dia orang baik terus aku meluru aku cakap.”

“Pak cik,tolong saya pak cik,ada orang ikut saya pak cik!” Air mata aku terus jatuh.
Pak Cik : Eh,kenapa ni nak? Kenapa?

Aku : Pak cik nampak tak mamat bangla pakai baju belang putih biru itu, dia ikut saya pak cik. Tolong pak cik, tolong hantar kan saya kat kereta saya kat parking belakang ni.

Pak cik :Mana? Pak cik tak nampak pun? Pak cik banyak kerja ini nak. Tak boleh tolong. Kalau hal rumah tangga pak cik tak mahu campur!

Aku : Pak cik tolong saya bukan orang jahat pak cik. (menangis lagi kuat) saya nak tumpang van pak cik pergi kat kereta saya itu saja tolong pak cik!

Pak cik : Oklah jom!

“Masa itu aku terus naik van pak cik tu. Aku tawakal minta-minta lah pak cik ini orang baik. Dia berkopiah usia sebaya ayah aku. Dalam van pak cik itu tak tanya aku apa-apa pun dan aku menangis saja.”

“Sampai kat parking itu, dia tak nak masuk tapi dia cakap dia akan tengok aku jalan sampai aku pergi kat kereta aku. Aku jalan laju, terus pergi kat kereta dan aku masuk cepat-cepat. Aku tengok pak cik itu setia tunggu aku lagi walaupun aku dah dalam kereta.”

“Aku bersyukur sangat-sangat Allah lindungi aku. Terima kasih Ya Allah sejak dari hari itu aku memang fobia keluar sorang-sorang. Lama fobia aku itu sekarang aku dah kahwin, kadang-kadang aku terpaksa shopping barang dapur sorang, suami aku sibuk kerja. Aku beli yang penting terus aku balik, tak ada nak ronda tengok baju atau kasut bagai.”

“Untuk makluman, masa kejadian aku pakai seluar jeans, tshirt lengan panjang longgar dan tudung bawal aku itu. Tak ada pakaian menjolok mata pun. Perogol ini, diorang tak waras, korang tolong lah hati-hati. Jangan ingat tempat yang dah biasa korang pergi itu selamat dan tolong waspada. Waspada ini maksudnya peka dan alert keadaan sekeliling.” – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *