Wanita Ceroboh Masuk Rumah Drake Hanya Kerana Mahu Minum Air

Kediaman penyanyi rap popular, Drake telah diceroboh masuk oleh seorang peminat wanita baru-baru ini.

Menurut laporan TMZ, kejadian berlaku selepas seorang pengawal yang ditugaskan menjaga rumah penyanyi itu tiba-tiba ternampak peminat wanita terbabit sedang berada di ruang bilik tidur.

Peminat berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Mesha Collins dilihat mengenakan jaket hoodie.

Hasil siasatan pihak polis mendapati tidak berlaku sebarang kerosakan mahupun harta benda lain milik penyanyi itu dicuri namun polis menjumpai sejumlah minuman bersoda yang telah di buka juga beberapa botol air.

Dilaporkan peminat tersebut memecah masuk ke rumah berkenaan hanya kerana mahu meminum air.

Dia ditahan atas dakwaan menceroboh dan mencuri dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak USD100,000 (kira-kira RM440,500).

Laporan menyebut, Drake hanya mengalami kerugian sebanyak USD10 (kira-kira RM44). – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *