Wanita Dihina Mertua Ketika Mengandung

21/04/2017 – Perkahwinan ini bukan bermakna suami dan isteri sahaja berkahwin, tetapi bermakna setiap pasangan telah berkahwin dengan seluruh ahli keluarga pasangan.

Untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga adalah dengan berbaik-baik dengan keluarga mertua. Janganlah kita bermasam muka dengan keluarga mertua. Tetapi banyak kisah yang sering kita dengan para isteri tidak ‘sekepala’ dengan ibu mertua mereka.

Ada yang mengatakan ibu mertua tidak suka kerana bukan menantu pilihan dan banyak lagi. Pelbagai cara telah dibuat oleh menantu untuk mengambil hati mertua tetapi masih lagi tidak dapat melembutkan hati ibu mertua. Itulah yang dialami oleh wanita ini, bukan sahaja tidak disukai oleh mertua, ketika dia sedang sarat hamil ibu mertuanya sering menghina dan tidak menyukai anak yang dikandungkan itu.

“Saya buntu dan tersepit sekarang ini. Mulanya macam ini, saya masa mengandung , duduk rumah mertua, jenis mertua tak masak. Kadang saya teringin nak makan itu ini , mintak tolong suami belikan . Itu pun suami warning awal-awal, kalau dia dah banyak kerja nanti, jangan nk mengidam macam-macam.”

“Saya kecil hati dengan suami. Kadang di rumah mertua saya yang masak. Sampai mertua suruh, ” kau sajalah masak” dah lah tengah sarat mengandung. Saya fikir baby dan saya nak kena makan bagi ada tenaga. Bila saya masak dicakapnya tak makan apa yang saya masak. Bila buka tudung saji , habis jugak tak tinggalkan sikit pun untuk saya. Sedih hati bila mertua buat macam itu.”

“Ada suatu haritu suami pergi kerja, tinggal berdua saja dengan mertua, dia cakap pasal madu, lepas itu dia cakap dia tak heran dengan anak yang saya kandung ini. Dia cakap cucu jiran depan rumah itu pun dia dah biasa main bersama. Saya terus masuk bilik menangis, bila suami balik kerja saya layan makan minum suami dan mertua macam biasa.”

“Bila saya nak keluar dengan suami mertua tanya, nak pergi mana. Saya rasa macam terkongkong duduk rumah mertua. Bila ajak suami balik rumah mak saya suami macam tak suka, marah itu ini. Macam-macam dia ungkit pasal tak boleh keluar malam, dia marah dan benci mak saya.”

“Apa yang mak saya cakap itu betul, saya tengah mengandung suami sibuk nak lepak dengan kawan waktu malam. Saya dah banyak makan hati, saya pendam. Suami tak tahu pasal mak dia mengata saya masa mengandung. Sekarang ini bila dah bersalin, suami bertambah marah pulak dengan mak saya.”

“Dia cakap mak saya pegang anak saya kasar. Sampai mak saya sendiri mintak maaf dan terasa bila menantu cakap macam itu. Mak saya sampai dah takut nak pegang cucu sendiri. Bila suami balik, mak saya sibukkan diri buat kerja dapur. Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana. Macam mana saya nk pulihkan balik hubungan mertua dan menantu?” tulisnya.

Apapun, sebagai menantu jagalah hubungan baik dengan ibu mertua. Anggaplah ibu mertua itu seperti ibu sendiri, sanggup anda meninggi suara pada ibu sendiri? Hormat mereka seperti sepatutnya mereka dihormati. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *